Community Emergency Response Team (CERT) Sarawak, atau Pasukan Bertindak Kecemasan Komuniti telah diwujudkan bermula pada tahun 2010. CERT adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak yang bertujuan untuk melatih masyarakat tempatan di suatu lokaliti sebagai Pasukan Bertindak Awal (First Respondent) dalam membantu menstabilkan keadaan apabila berlakunya bencana atau kecemasan sebelum ketibaan agensi keselamatan dan bantuan kecemasan profesional. Selain itu, CERT menyumbang kepada sistem bantuan bencana yang lebih baik dalam memastikan kesiapsiagaan dan koordinasi yang efektif daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), pemimpin tempatan dan penduduk setempat sekiranya berlaku bencana di suatu lokaliti.
Sejak tahun 2010, sebanyak 33 pasukan CERT telah dilancarkan yang melibatkan 4,450 orang peserta berdaftar.
Urusetia utama program CERT adalah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN), Jabatan Ketua Menteri, dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Residen. Penaja utama CERT adalah PETRONAS di mana program ini adalah salah satu inisiatif corporate social responsibility (CSR) mereka. Dalam pada itu, agensi lain yang turut terlibat dalam menjayakan program CERT adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, dan Sarawak Energy Berhad.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program CERT adalah seperti berikut:
a) Ceramah mengenai isu-isu kesihatan dan penyakit berjangkit semasa bencana;
b) Ceramah mengenai bantuan semasa di tempat pusat pemindahan dan yang tidak berpindah;
c) Ceramah berkenaan keselamatan di tempat kejadian kecemasan atau bencana;
d) Ceramah mengenai langkah-langkah keselamatan bekalan elektrik semasa bencana;
e) Ceramah mengenai langkah-langkah keselamatan terhadap bahan-bahan api di rumah seperti dapur LPG semasa bencana;
f) Latihan praktikal kebombaan, menyelamat dan pertolongan cemas;
g) Demonstrasi memadam kebakaran; dan
h) Simulasi kecemasan oleh Pasukan CERT.
Agency | Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Negeri |
---|---|
Topics | Government & Public Sector, Society |
Tags | CERT, bencana, government, kecemasan, komuniti |
Author | Dorainah Labing |
Maintainer | Dorainah Labing |
Licence | Creative Commons Attribution |
Total Downloads | 154 |
Package ID | - |
Revision ID | 566d8149-ff27-41a5-a921-8ce16ac5c53d |
Published Date | 15/05/2018 12:54 AM |
Last Modified | 24/11/2020 08:54 AM |