# Mlfns Kali Tarikh Kategori Tajuk Tahun Sighah Keputusan Status Pewartaan
81 21.0 9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M Perubatan Penggunaan penandaan berdakwat bagi pesakit kanser 2012/21 Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 21 pada 9 Zulkaedah 1433H/ 25 September 2012M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut: Penggunaan tanda dakwat untuk rawatan pesakit kanser dengan menggunakan dakwat Holbein Drawing Ink yang telah disahkan kandungannya tidak mengandungi najis adalah diharuskan dan pesakit boleh berwuduk seperti biasa memandangkan dakwat tersebut hanya dimasukkan di bawah permukaan kulit. Keterangan dan hujah: i. Penandaan berdakwat bagi pesakit kanser adalah salah satu daripada kaedah perubatan yang memberikan kemudahan kepada pesakit kanser yang perlu mendapat rawatan di semua hospital di seluruh negeri di Malaysia. ii. Kajian oleh Jabatan Kimia Malaysia ke atas dakwat yang digunakan iaitu Holbein Drawing Inkbagi memastikan tiada najis atau sebarang kandungan alkohol mendapati bahawa: a. Lemak atau minyak haiwan tidak dikesan dengan menggunakan “Teknik FAME menggunakan Kromatografi Gas (GC)”; a. Mengandungi terbitan atau sebatian ethanol (alkohol). iii. Dengan penggunaan kaedah penandaan berdakwat ini, pesakit tidak perlu menjalani proses penandaan secara berulang kali, memandangkan kesan dakwat tersebut akan berkekalan selama 4 – 5 bulan dan ia tidak menyebabkan dakwat tersebut terperangkap pada sel-sel yang dipanggil fibroblast (sel parut) yang berada di lapisan dermis kulit. iv. Islam meletakkan kaedah "الْمَشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيْرَ" (kesukaran itu diatasi dengan mengambil sesuatu yang mudah atau senang). Kaedah ini meletakkan bahawa bebanan dengan perkara yang susah, dapat dimudahkan bagi keringanan sesuatu urusan. v. Dalam isu penyakit, maka rukhsah (keringanan) adalah lebih diutamakan kepada pesakit sehingga diharuskan untuk bertayamum kerana ditakuti akan menyebabkan penyakit merebak dan lambat sembuh sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud:- “Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu”. vi. Penggunaan tandaan berdakwat untuk pesakit kanser ini adalah berbeza daripada tatu yang diharamkan oleh Islam kerana tatu dicacah ke dalam lapisan kulit dan ia kekal selama-lamanya, manakala tandaan berdakwat ini hanya dicucuk dengan menggunakan jarum kurang dari 1mm. vii. Istilah tatu yang digunakan bagi penggunaan tandaan berdakwat membawa anggapan bahawa ia adalah tatu yang diharamkan dan pengamal perubatan perlu menjelaskannya kepada para pesakit kerana walaupun istilah tersebut digunakan di peringkat antarabangsa, masih timbul keraguan di kalangan masyarakat. viii. Memandangkan dakwat tersebut hanya dimasukkan melalui suntikan jarum kurang dari 1mm di bawah permukaan kulit, maka tidak timbul isu tandaan tersebut menghalang air sampai ke anggota wudhu' atau menimbulkan mudharat sehingga pesakit perlu bertayammum. Tidak Diwartakan
82 Khas 7 Zulhijjah 1432H/ 3 November 2012M Muamalat/ Ekonomi Pembangunan Semula Di Tapak Masjid Atau Surau 2012/khas Mesyuarat Khas Lembaga Fatwa Negeri Sarawak pada 7 Zulhijjah 1432H/ 3 November 2012M sebulat suara menerima hukum seperti yang diputuskan dalam Muzakarah tersebut bahawa hukum meroboh masjid dengan tujuanmembangun semula masjid dan pusat komersial atau lain-lain adalah harus dengan mengambil kira syarat-syarat yang berikut:- a. KETAQWAAN Mengutamakan adab dan tingkah laku semasa berada di dalam Masjid dan Surau serta persekitarannya. Sebagaimana firman Allah S.W.T. : Maksudnya: “...sesungguhnya masjid yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya, di dalamnya ada orang-orang yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (Surah at-Taubah :108) b. KEBERSIHAN Memiliki rasa kesedaran dan tanggungjawab dalam aspek kebersihan diri, pakaian serta persekitaran Masjid dan Surau. c. KECERIAAN Menjaga keceriaan Masjid dan Surau yang meliputi kekemasan dan susun atur peralatan. d. KESELAMATAN Memastikan harta benda dan ruang Masjid dan Surau digunakan dengan rasa penuh tanggungjawab dan amanah; dan memastikan diri dan hak milik peribadi dalam keadaan selamat dan terjaga. e. KEPATUHAN Memastikan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Masjid dan Surau dari semasa ke semasa dipatuhi. Aktiviti perniagaan atau lain-lain yang hendak dijalankan di kawasan masjid mestilah menjalankan perniagaan yang halal dan tidak bercanggah dengan hukum syarak dalam apa sahaja bentuk sebagaimana dalam sebuah hadis:- عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ كثيرمِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ كالراعي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِن حِمَى اللهِ مُحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كله ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسد الْجَسَدُ كله ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). Maksudnya: "Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir R.A. katanya: saya telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati(jantung). ' (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Hasil, pulangan atau manfaat daripada aktiviti perniagaan dan lain-lain untuk tujuan khairat. Pembangunan semula tapak masjid atau surau hendaklah mengambil kira kedudukan tanah wakaf tersebut sama ada wakaf am atau wakaf khas. Tidak Diwartakan
83 Khas 8 Zulhijjah 1432H/ 3 November 2012M Akidah Fatwa Ke Arah Membendung Pengaruh Syiah Di Sarawak 2012/khas Kertas ini telah dibincang dalam Mesyuarat Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak kali ke 2 yang bersidang pada 23 November 1996. Akhir-akhir ini pengaruh Syiah semakin berleluasa di Malaysia. Rentetan daripada itu, keputusan tersebut dibincangkan lagi di dalam Mesyuarat Khas Lembaga Fatwa Negeri Sarawak pada 3 November 2011 dan mesyuarat sebulat suara bersetuju agar sighah ini dicadangkan untuk diwartakan. Sighah tersebut adalah seperti berikut:- 1. Semua Mazhab Syiah dari golongan apapun tidak boleh diterima untuk diamalkan oleh orang Islam di Sarawak. 2. Menetapkan bahawa umat Islam di Sarawak hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak. 3. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak. 4. Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang Negeri yang berhubung dengan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif “Hukum Syarak” atau “Undang-Undang Islam' seperti berikut : “Hukum Syarak” atau “Undang-Undang Islam” ertinya Undang-Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak. 5. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah adalah diharamkan. 6. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negeri ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Islam dan Hukum Syarak yang berasaskan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. 7. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan. 8. Meletakkan perkataan Islam yang berlandaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan). 9. Menubuh sebuah jawatankuasa untuk mengawal ajaran bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 10. Memperhebatkan dakwah dan penerangan berasaskan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. 11. Menerbit risalah penerangan mengenai ajaran Syiah. Tidak Diwartakan
84 22.0 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M Munakahat Pengurusan Wang Tebus Talaq Dalam Kes Cerai Ta’liq 2013/22 Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 22 pada 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:- 1. Wang tebus talak dalam kes cerai ta’liq hendaklah diserahkan kepada Baitulmal Sarawak dan pemilik wang tersebut boleh menuntut wang tersebut daripada Baitulmal dalam tempoh 7 tahun. 2. Mana-mana wang yang tidak dituntut dalam tempoh 7 tahun akan menjadi hak Baitulmal Sarawak. 3. Mekanisma penyerahan wang tersebut hendaklah dibincangkan di antara Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dan Baitulmal Sarawak. Tidak Diwartakan
85 22.0 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M Munakahat Perceraian Melalui Sistem Pesanan Ringkas (Sms) 2013/22 Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak keli ke 22 pada 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:- i. Talaq dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mail dan sebagainya merupakan talaq secara kinayah dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat. ii. Semua perceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah syariah untuk mensabitkan talaq tersebut. Tidak Diwartakan
86 22.0 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M Sosial/ Syariah Orang Bukan Islam Membaca Atau Menterjemah Ayat-Ayat Suci Al-Quran 2013/22 Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 22 pada 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:- Bahawa pada dasarnya bagi tujuan untuk mempelajari, memahami dan mendekatkan diri kepada ajaran Islam atau bagi tujuan untuk menjadikannya panduan hidup di dunia dan akhirat atau tujuan dakwah, Islam tidak pernah menghalang mana-mana pihak termasuk bukan Islam untuk membaca dan mendalami teks-teks suci Islam termasuk al-Quran dan tafsirannya. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan jujur dan ikhlas bagi tujuan tersebut agar tidak menyimpang dari kehendak sebenar teks-teks tersebut kerana perbuatan seperti itu boleh mencemarkan kesucian al-Quran dan Islam serta sekaligus menimbulkan keraguan, keresahan dan fitnah kepada masyarakat. Tidak Diwartakan
87 22.0 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M Sosial/ Syariah Penubuhan Bank Susu 2013/22 Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 22 pada 17 Rabiulakhir 1434H/ 28 Februari 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut:- i. Bahawa menjaga keturunan adalah termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada nasab atau keturunan perlulah dielakkan. ii. Menubuhan bank susu boleh mengakibatkan percampuran nasab di mana bayi-bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih daripada seorang wanita akan menjadi adik-beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. iii. Dan selaras dengan pandangan Jumhur Fuqaha’ bahawa seseorang bayi itu sah sebagai anak susuan samada melalui penyusuan secara langsung dari payudara atau penyusuan secara tidak langsung. Berdasarkan hadith riwayat Abu Daud: عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لا رِضَاعَ إِلا مَا شَدَّ الْعَظْمَ وَأَنْبَتَ اللَّحْم Maksudnya:“Daripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging”. iv. Memandangkan keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam maslahah awam maka penubuhan bank susu adalah tidak diharuskan. v. Walaubagaimanapun, bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, ibu yang mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/ berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, adalah harus bagi ibu-ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu mengenali antara satu sama lain. Tidak Diwartakan
88 23.0 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M Zakat Mengagih Zakat Secara Persendirian Dan Qadha’ Zakat 2013/23 Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 23 pada 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut: i. Pengagihan zakat kepada asnaf yang layak haruslah dilaksanakan melalui pemerintah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut berdasarkan Kaedah Fiqh : التصرف على الرعية منوط بالمصلحة “Sesuatu yang dilakukan ke atas rakyatnya adalah bergantung kepada maslahah (kepentingan umum)” ii. Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib. iii. Zakat yang tidak ditunaikan pada tahun yang sepatutnya adalah wajib diqadha’. Tidak Diwartakan
89 23.0 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M Makanan Menghisap Shisha 2013/23 Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 23 pada 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut: i. Hukum menghisap shisha adalah haram di sisi syarak kerana ianya jelas menyalahi ‘maqasid syar’iyyah’ iaitu memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta termasuk dalam perkara keji. Ini bertepatan dengan kaedah fiqh “سد الذريعة” iaitu menutup pintu kerosakan. Ini bermakna menyekat sesuatu yang boleh membahayakan diri seseorang adalah perlu dijauhi. ii. Oleh hal yang demikian, penyediaan perkhidmatan menghisap shisha seperti menjual atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengannya adalah dilarang. Tidak Diwartakan
90 23.0 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M Akidah Garis Panduan Khurafat Dan Azimat 2013/23 Mesyuarat Lembaga Fatwa kali ke 23 pada 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M sebulat suara menerima garis panduan tersebut seperti berikut: GARIS PANDUAN KHURAFAT DAN AZIMAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 1. TAKRIF KHURAFAT 1.1 Menurut المعجم الوسيط Juzuk 1 (hal.237), khurafat ditakrifkan sebagai: “الخرافة :الحديث المستملح المكذوب” bermaksud: "Khurafat: Cerita-cerita mempesona yang dicampur adukkan dengan perkara dusta". 1.2 Menurut kamus المنجد فى اللغة والاعلام (hal.175): الخرافة ج حرافات: الحديث الباطل مطلقا Maksudnya: “Khurafah, jamaknya khurafat, iaitu sebarang cerita-cerita yang dusta”. Menurut Kamus Al-Marbawi (hal.169) pula, khurafat ialah: cerita karut (karut marut). 1.3 Dari beberapa definasi yang diutarakan, dapatlah dibuat kesimpulan seperti berikut: “Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran islam”. 1.4 Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta. 2. TAKRIF AZIMAT 2.1 Takrif azimat pula menurut المعجم الوسيط (hal.621) ialah:"العزيمة:الرقية" maksudnya: “Azimat: Jampi”. 2.2 Menurut Dr.Yusuf Al-Qardhawi di dalam bukunya Fatawa al-Mu'asirah (hal.189) ialah: "أن يرقى الشخص ويعزم عليه بكلام لا يفهم :-الرقية-" Maksudnya: “Bahawa seseorang itu berjampi dan berazimat dengannya dengan kata-kata yang tidak dapat difahami”. 2.3 Dalam kamus المنجد فى اللغة والاعلام (hal.276) juga disebutkan bahawa azimat ialah الرقية iaitu memohon pertolongan/ bantuan untuk memperoleh sesuatu perkara dengan menggunakan kekuatan yang melampaui tabi'i. 2.4 Menurut Kamus Dewan, (hal.70), azimat ialah: “Barang (tulisan) yang dianggap mempunyai sakti dan dapat melindungi pemakainya”. 2.4 Berdasarkan takrif-takrif yang diberikan di atas, kesimpulannya azimat ialah suatu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan bagi manfaat diri sendiri atau untuk memudaratkan orang lain dengan menggunakan objek-objek dan ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa-kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi dan dipuja. 3. CIRI-CIRI KHURAFAT DAN AZIMAT 3.1 Antara ciri-ciri khurafat ialah: i. Ianya tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada Al-Quran atau Hadith. ii. Ia merupakan cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut. iii. Ia bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan islam. iv. Ia berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan yang memudaratkan dan menyeleweng dari akidah Islam. v.Ia menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan yang tertentu. vi. Ia mempunyai unsur-unsur negatif pada akidah dan syariah Islam. 3.2 Antara ciri-ciri azimat ialah: i. Kepercayaan kepada kekuatan sesuatu benda bukan berdasarkan kepada nas-nas syarak sama ada Al-Quran atau Hadith. ii. Menjadikan tulisan-tulisan, rajah-rajah dan objek-objek tertentu sebagai tangkal. iii. Menggunakan jampi serapah yang dicampuradukkan dengan perkara-perkara kufur yang boleh membawa kepada syirik. iv. Berjampi kepada objek-objek atau rajah-rajah yang dicampur aduk dengan ayat Al-Quran untuk tujuan tertentu. 4. BENTUK-BENTUK KHURAFAT DAN AZIMAT 4.1 Antara bentuk-bentuk khurafat ialah: i. Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga keramat, batu, bukit, tongkat dan sebagainya ii. Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan sebagainya. iii. Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat memuja pantai dan sebagainya. iv. Kepercayaan kepada bertambah dan berkur;angnya rezeki seperti adat memuja semangat padi yang dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat padi) dan membuang ancak di sungai dan laut dan bermain pantai. v. Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang seperti tidak boleh melihat bayi dimuka cermin kerana kelak ia akan mati di dalam air, tidak boleh keluar rumah ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala dan sebagainya. vi. Percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu. vii. Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang, kubur-kubur yang dianggap wali dan sebagainya. 4.2 Sementara bentuk-bentuk azimat pula ialah: i. Menjampi batu cincin, rantai baju, keria dan sebagainya untuk dijadikan pelindung diri seperti ilmu kebal, imu pengasih dan sebagainya. ii. Membungkus tulisan-tulisan, rajah-rajah atau objek-objek tertentu dengan kain kuning untuk dijadikan tangkal. iii. Menjampi tulisan-tulisan yang tidak diketahui maknanya seperti الصلاء dan di campuradukan dengan ayat-ayat Al-quran. Contohnya: ااا م اااا ه 2 الله لا اله الا هو الحى القيوم iv. Berjampi atau berazimat menggunakan kata-kata dicampur aduk dengan kata-kata sihir dan kufur yang tidak diketahui maknanya. Contohnya: “Bikana, makna, Nabi Yakun, Numa Yakun Akulah sebenar-benar Zat Allah” 5. HUJAH DAN DALIL 5.1 Hukum Beramal Dengan Khurafat Dan Azimat Islam sangat menitiberatkan soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti Al-Quran, Hadith, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasullulah S.A.W.: عن عائشة رضى الله عنهما قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد). رواه أحمد و مسلم Maksudnya: “Barangsiapa mengada-adakan dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakanya itu adalah tertolak”. (Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim) Dan sabdanya lagi: عن عائشة رضى الله عنهما قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد). رواه أحمد و مسلم Maksudnya: “Barang siapa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang tiada dalam agama kami, maka yang dikerjakan itu tertolak”. (Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim) 5.2 Dalam Islam, percaya kepada benda-benda yang dijadikan sebagai benda keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain daripada Allah S.W.T. adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah. 5.3 Kepercayaan kepada sial, majal dan beramal dengan mandi, seperti mandi safar, jampi dan sebagainya untuk menolaknya adalah syirik dan merosakkan akidah. Rasullulah S.A.W. melarang keras orang yang mempercayai sial. Sabda Rasullulah S.A.W.: عن ابن مسعود مرفوعا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (الطيرة شرك الطيرة شرك وما منا إلا ولكن الله يذهبه بالتوكل). رواه أبو داود والترميذي Maksudnya: “Percaya kepada burung itu syirik, percaya kepada burung itu syirik dan tiada seorang pun dari kita melainkan dilanda oleh perasaan itu, tetap Allah akan menghilangkannya tawakal”.(Burung yang disebutkan sebagai contoh termasuk seperti biawak, gagak, kelicap). (Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi) 5.4 Amalan memuja jin dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan. Orang yang bersahabat dan menggunakan jin seperti tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong dalam golongan orang yang bodoh dan menzalimi diri sendiri. Ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. dalam Suruh Yunus, ayat 106: Maksudnya: “Janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim(terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)”.[1] Sabda Rasullulah S.A.W.: عن أبى هوريرة رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (من أتى عرافا أو ساحرا أوكاهنا فصدق بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه وسلم) رواه أحمد والحكيم Maksudnya: “Barang siapa yang menemui tukang tilik atau tukang sihir dan menayakan sesuatu kepadanya lalu terus mempercayai apa yang diperkatakannya, maka sesungguhnya ia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.”. (Hadith Riwayat Ahmad dan al-Hakim) Sabda Rasulullah S.A.W. lagi: عن عمران بن حصين قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (ليس منا من تطير ولا تطير له أو تكهن أوتكهن أو سحر أو سحر له). رواه الطبراني Maksudnya: “Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan”. (Hadith Riwayat al-Tabrani) 5.5 Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai perlindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: عن ابن مسعود رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الرقى و التمائم و التولة شرك). رواه أبو داود وأحمد Maksudnya: “Dari Ibn Mas'ud, Katanya: Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Sesungguhnya jampi mantera,tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik”. (Hadith Riwayat Abu Daud dan Ahmad) 5.6 Jampi mantera juga merupakan azimat yang sering kali dilakukan. Sabda Rasulullah S.A.W.: عن عوف بن مالك قال: كنا ترقى فى الجاهلية، فقلنا يا رسول الله: كيف ترقى فى ذلك؟ فقال: (اعرضوا على رقاكم لا بأس بالرقى ما لم يكن فيه شرك). رواه مسلم Maksudnya: “Dari 'Auf Ibn Malik, Katanya: Dahulu kami melakukan jampi pada zaman Jahiliyah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Beliau bersabda: Perlihatkanlah kepada jampi-jampimu itu. Tidak mengapa melakukan jampi-jampi itu selama tidak mengandungi hal syirik”. (Hadith Riwayat Muslim) 5.7 Menurut Dr.Yusuf al-Qaradhawi dalam kitab Fatawa al-Mu'asirah, sesuatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan kepada tiga (3) syarat iaitu: a) Ia mestilah didasarkan kepada Allah S.W.T. dan nama-namaNya. b) Ia mestilah dituturkan dengan bahasa Arab dan kata-kata yang boleh difahami maksudnya. c) Beriktikad bahawa ianya tidak memberi kesan dengan sendirinya, tetapi dengan takdir Allah S.W.T. 5.8 Dalam amalan perubatan tradisional, terdapat jenis-jenis jampi yang dibolehkan (diharuskan) dan ada yang diharamkan. Jampi-jampi tersebut ialah: a) Jampi yang diharuskan. Jampi jenis ini ialah jampi yang menepati tiga (3) syarat seperti yang telah dinyatakan di perenggan 8. b) Jampi yang diharamkan. Jampi yang ditegah dan diharamkan ialah jampi yang mengandungi unsur-unsur syirik, pemujaan jin, syaitan, menggunakan ilmu hitam atau sihir, menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami atau yang bercampur aduk, seperti jampi yang dimulakan dengan sebutan Bismillah atau Alhamdulillah dan diseru nama-nama hantu dan jin, kemudian disudahi dengan ucapan “berkata-kata Lailahaillallah Muhammadar Rasullullah” atau seumpamanya. 6. KESIMPULAN 6.1 Segala bentuk khurafat dan azimat sama ada yang berbentuk amalan atau kepercayaan boleh membawa kepada syirik dan bertentangan dengan akidah dan syariah Islam. Adalah diharapkan garis panduan ini dapat memberi panduan dan menjadi rujukan kepada seluruh umat Islam supaya tidak melibatkan diri dengan amalan-amalan dan kepercayaan yang boleh bercanggah dengan ajaran Islam. [1] Semua terjemahan ayat al-Qur’an dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al Qur’an. (2001). Kuala Lumpur : Darul Fikir. Tidak Diwartakan
91 23.0 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013M Sosial/ Syariah Garis Panduan Penamaan (Bin/ Binti) Anak Tak Sah Taraf, Anak Angkat Dan Saudara Kita 2013/23 Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 23 pada 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013Msebulat suara menerima garis panduan seperti berikut: GARIS PANDUAN PENAMAAN (BIN/ BINTI) ANAK TAK SAH TARAF, ANAK ANGKAT DAN SAUDARA KITA 1. Garis panduan ini bolehlah dinamakan sebagai Garis Panduan Penamaan (Bin/ Binti) Anak Tak Sah Taraf, Anak Angkat Dan Saudara Kita. 2. Tafsiran Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: “tak sah taraf” berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah[1]. “persetubuhan syubhah” ertinya persetubuhan yang dilakukan di atas anggapan sah akad nikah tetapi sebenarnya akad itu tidak sah (fasid) atau persetubuhan yang berlaku secara tersilap dan termasuklah mana-mana persetubuhan yang tidak dihukum Had dalam Islam[2]. “nasab” ertinya keturunan yang berasaskan pertalian darah yang sah[3]. “kanak-kanak” ertinya seseorang yang belum berkahwin di bawah umur lapan belas tahun[4]. “anak pungut” ertinya kanak-kanak yang dijumpai terbiar (terlantar) di jalan, yang tidak diketahui bapa dan ibunya.[5] Ertinya anak orang lain yang dipelihara dari kecil[6]. “maula” ertinya pemilik budak[7]. Ertinya seorang hamba sahaya yang sudah dimerdekakan atau seseorang yang telah dijadikan anak angkat[8]. “saudara baru (muallaf)/ saudara kita” ertinya seseorang yang baru memeluk Islam[9]. 3. Penamaan Anak Tak Sah Taraf 3.1 Anak tak sah taraf yang lahir hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’. 3.2 Jika lelaki yang menyebabkan kelahiran anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. (Rujuk lampiran B) 3.3 Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut: Bil CONTOH PENAMAAN Lelaki Perempuan 1 Ahmad Bin Abdullah Azizah Binti Abdullah 2 Ahmad Bin Abdul Rahman (Menggunakan nama-nama “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul.) Azizah Binti Abdul Rahman (Menggunakan nama-nama “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul.) 4. Penamaan Anak Angkat 4.1 Pengangkatan Anak Sah Taraf Islam 4.1.1 Anak sah taraf yang diangkat oleh mana-mana orang hendaklah di‘bin’ atau di ‘binti’ kepada bapa kandungnya sendiri. 4.1.2 Tiada mana-mana nama bapa angkat atau penjaga yang dibenarkan untuk dikait atau disertakan di dalam mem ‘bin’ atau mem ‘binti’ anak yang sah taraf. 4.1.3 Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak sah taraf seperti contoh di bawah: Perkara Nama Lelaki Nama Perempuan Nama kanak-kanak: Faiz Tasnim Nama bapa kandung: Arif Arif Nama bapa angkat: Amir Amir Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut: Bil CONTOH PENAMAAN Lelaki Perempuan 1 Faiz Bin Arif Tasnim Binti Arif 4.2 Pengangkatan Anak Bukan Islam 4.2.1 Anak bukan Islam yang diangkat oleh mana-mana orang Islam hendaklah di ‘bin’ dan di ‘binti’ kepada bapa kandungnya sendiri. 4.2.2 Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak bukan Islam seperti contoh di bawah: Perkara Nama Nama kanak-kanak : Tan San Tai Nama bapa kandung : Tan Lee Sin Nama keluarga/ keturunan : Tan Nama Islam (kanak-kanak) : Ahmad Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut: CONTOH PENAMAAN Nama Asal Nama Islam Tan San Tai Ahmad Tan San Tai Bin Tan Lee Sin Ahmad San Tai Bin Tan Lee Sin Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin Ahmad Bin Tan Lee Sin Ahmad Bin Lee Sin Ravi a/l Maniam Ravi Bin Maniam Ahmad Ravi Bin Maniam 4.2.3 Walau bagaimanapun, jika nama asal orang tersebut bermaksud nama-nama tuhan atau dewa agama asalnya atau nama yang bermaksud tidak baik, hendaklah menukar namanya kepada nama yang bermaksud baik dalam Islam. Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut: CONTOH PENAMAAN Nama Asal Nama Islam * Siva a/l Maniam Ahmad Bin Maniam *Rujuk lampiran C (Senarai Nama-Nama Hindu Berunsur Ketuhanan). 4.3 Pengangkatan Anak Tak Sah Taraf 4.3.1 Anak tak sah taraf yang diangkat oleh mana-mana orang hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’. 4.3.2 Jika lelaki yang mengangkat anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. (Rujuk lampiran B) 4.3.3 Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak tak sah taraf seperti contoh di bawah: Perkara Nama Lelaki Nama Perempuan Nama kanak-kanak : Ahmad Azizah Nama bapa angkat : Ali Ali Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut: BIL CONTOH PENAMAAN Lelaki Perempuan 1 Ahmad Bin Abdullah Azizah Binti Abdullah 4.4 Anak Pungut 4.4.1 Anak pungut yang dijumpai dan tidak diketahui ibu atau bapanya adalah sama sebagaimana cara penamaan anak tak sah taraf, hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kan kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’. 4.4.2 Jika lelaki yang menjumpai dan mengangkat anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. 4.4.3 Contoh penamaan anak pungut adalah sama seperti cara penamaan anak tak sah taraf di perkara 4.3.3 di atas. 5. Penggunaan “Maula” Penggunaan “maula” bagi menganti ‘bin’ atau ‘binti’ dalam penamaan anak angkat adalah tidak dibenarkan penggunaannya bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga kemaslahatan ummah. 6. Penamaan Saudara Kita i. Mana-mana orang yang memeluk Islam bolehlah sama ada mengekal atau menukar nama atau menggunakan kedua-dua nama asal dan nama baru dan hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada bapa kandungnya atau kepada ‘Abdullah’ atau “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul sekiranya beliau ingin berbuat demikian. CONTOH PENAMAAN Nama Asal Nama Islam Judi Anak Man Ahmad Bin Man Joyah Anak Man Mariam Binti Man Tan San Tai Ahmad Tan San Tai Bin Tan Lee Sin Ahmad San Tai Bin Tan Lee Sin Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin Ahmad Bin Tan Lee Sin Ahmad Bin Lee Sin Ravi a/l Maniam Ravi Bin Maniam Ahmad Ravi Bin Maniam ii. Walau bagaimanapun, jika nama asal orang tersebut atau nama bapanya bermaksud nama-nama tuhan atau dewa agama asalnya atau nama yang bermaksud tidak baik, bolehlah menukar namanya kepada nama yang bermaksud baik dalam Islam. CONTOH PENAMAAN Nama Asal Nama Islam * Rajesh a/l Maniam Ahmad Bin Maniam * Rujuk lampiran C (Senarai Nama-Nama Hindu Berunsur Ketuhanan). iii. Seseorang saudara kita boleh membuat pilihan sekiranya dia ingin mengekalkan nama keluarga/ keturunan di samping nama baru. CONTOH PENAMAAN Nama Asal Nama Islam Tan San Tai Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin iv. Nama keluarga/ keturunan boleh digunakan oleh saudara kita dan generasi yang seterusnya iaitu anak kepada saudara kita yang baru. CONTOH PENAMAAN Nama Saudara Kita Nama Anak Saudara Kita Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin Muhammad Tan Bin Ahmad Tan 7. Penutup Adalah diharapkan garis panduan ini dapat menjadi rujukan kepada seluruh umat Islam dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan penamaan anak tak sah taraf, anak angkat dan saudara kita berdasarkan hukum Islam. [1] Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak, 2001, (Bab 43) seksyen 2(1). [2] Ibid [3] Ibid [4] Law of Sarawak, Chapter A100, Adoption (Amendment) Ordinance, 2002. [5] Kitab Lisan Arab, Ibnu Manzur. [6] Kamus dewan, edisi ke-4 [7] Kamus Istilah Fiqh (1997), M. Abdul Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi’ah Am, Advance Publication, Selangor hlm 204. [8] Al Quran. Terjemahan Al-Quran Al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran Sdn Bhd, 2010, Selangor. [9] Garis Panduan Penamaan Saudara Baru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1998. Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 23 pada 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013Msebulat suara menerima garis panduan seperti berikut: GARIS PANDUAN PENAMAAN (BIN/ BINTI) ANAK TAK SAH TARAF, ANAK ANGKAT DAN SAUDARA KITA 1. Garis panduan ini bolehlah dinamakan sebagai Garis Panduan Penamaan (Bin/ Binti) Anak Tak Sah Taraf, Anak Angkat Dan Saudara Kita. 2. Tafsiran Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: “tak sah taraf” berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah[1]. “persetubuhan syubhah” ertinya persetubuhan yang dilakukan di atas anggapan sah akad nikah tetapi sebenarnya akad itu tidak sah (fasid) atau persetubuhan yang berlaku secara tersilap dan termasuklah mana-mana persetubuhan yang tidak dihukum Had dalam Islam[2]. “nasab” ertinya keturunan yang berasaskan pertalian darah yang sah[3]. “kanak-kanak” ertinya seseorang yang belum berkahwin di bawah umur lapan belas tahun[4]. “anak pungut” ertinya kanak-kanak yang dijumpai terbiar (terlantar) di jalan, yang tidak diketahui bapa dan ibunya.[5] Ertinya anak orang lain yang dipelihara dari kecil[6]. “maula” ertinya pemilik budak[7]. Ertinya seorang hamba sahaya yang sudah dimerdekakan atau seseorang yang telah dijadikan anak angkat[8]. “saudara baru (muallaf)/ saudara kita” ertinya seseorang yang baru memeluk Islam[9]. 3. Penamaan Anak Tak Sah Taraf 3.1 Anak tak sah taraf yang lahir hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’. 3.2 Jika lelaki yang menyebabkan kelahiran anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. (Rujuk lampiran B) 3.3 Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut: Bil CONTOH PENAMAAN Lelaki Perempuan 1 Ahmad Bin Abdullah Azizah Binti Abdullah 2 Ahmad Bin Abdul Rahman (Menggunakan nama-nama “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul.) Azizah Binti Abdul Rahman (Menggunakan nama-nama “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul.) 4. Penamaan Anak Angkat 4.1 Pengangkatan Anak Sah Taraf Islam 4.1.1 Anak sah taraf yang diangkat oleh mana-mana orang hendaklah di‘bin’ atau di ‘binti’ kepada bapa kandungnya sendiri. 4.1.2 Tiada mana-mana nama bapa angkat atau penjaga yang dibenarkan untuk dikait atau disertakan di dalam mem ‘bin’ atau mem ‘binti’ anak yang sah taraf. 4.1.3 Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak sah taraf seperti contoh di bawah: Perkara Nama Lelaki Nama Perempuan Nama kanak-kanak: Faiz Tasnim Nama bapa kandung: Arif Arif Nama bapa angkat: Amir Amir Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut: Bil CONTOH PENAMAAN Lelaki Perempuan 1 Faiz Bin Arif Tasnim Binti Arif 4.2 Pengangkatan Anak Bukan Islam 4.2.1 Anak bukan Islam yang diangkat oleh mana-mana orang Islam hendaklah di ‘bin’ dan di ‘binti’ kepada bapa kandungnya sendiri. 4.2.2 Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak bukan Islam seperti contoh di bawah: Perkara Nama Nama kanak-kanak : Tan San Tai Nama bapa kandung : Tan Lee Sin Nama keluarga/ keturunan : Tan Nama Islam (kanak-kanak) : Ahmad Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut: CONTOH PENAMAAN Nama Asal Nama Islam Tan San Tai Ahmad Tan San Tai Bin Tan Lee Sin Ahmad San Tai Bin Tan Lee Sin Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin Ahmad Bin Tan Lee Sin Ahmad Bin Lee Sin Ravi a/l Maniam Ravi Bin Maniam Ahmad Ravi Bin Maniam 4.2.3 Walau bagaimanapun, jika nama asal orang tersebut bermaksud nama-nama tuhan atau dewa agama asalnya atau nama yang bermaksud tidak baik, hendaklah menukar namanya kepada nama yang bermaksud baik dalam Islam. Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut: CONTOH PENAMAAN Nama Asal Nama Islam * Siva a/l Maniam Ahmad Bin Maniam *Rujuk lampiran C (Senarai Nama-Nama Hindu Berunsur Ketuhanan). 4.3 Pengangkatan Anak Tak Sah Taraf 4.3.1 Anak tak sah taraf yang diangkat oleh mana-mana orang hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’. 4.3.2 Jika lelaki yang mengangkat anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. (Rujuk lampiran B) 4.3.3 Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak tak sah taraf seperti contoh di bawah: Perkara Nama Lelaki Nama Perempuan Nama kanak-kanak : Ahmad Azizah Nama bapa angkat : Ali Ali Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut: BIL CONTOH PENAMAAN Lelaki Perempuan 1 Ahmad Bin Abdullah Azizah Binti Abdullah 4.4 Anak Pungut 4.4.1 Anak pungut yang dijumpai dan tidak diketahui ibu atau bapanya adalah sama sebagaimana cara penamaan anak tak sah taraf, hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kan kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’. 4.4.2 Jika lelaki yang menjumpai dan mengangkat anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. 4.4.3 Contoh penamaan anak pungut adalah sama seperti cara penamaan anak tak sah taraf di perkara 4.3.3 di atas. 5. Penggunaan “Maula” Penggunaan “maula” bagi menganti ‘bin’ atau ‘binti’ dalam penamaan anak angkat adalah tidak dibenarkan penggunaannya bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga kemaslahatan ummah. 6. Penamaan Saudara Kita i. Mana-mana orang yang memeluk Islam bolehlah sama ada mengekal atau menukar nama atau menggunakan kedua-dua nama asal dan nama baru dan hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada bapa kandungnya atau kepada ‘Abdullah’ atau “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul sekiranya beliau ingin berbuat demikian. CONTOH PENAMAAN Nama Asal Nama Islam Judi Anak Man Ahmad Bin Man Joyah Anak Man Mariam Binti Man Tan San Tai Ahmad Tan San Tai Bin Tan Lee Sin Ahmad San Tai Bin Tan Lee Sin Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin Ahmad Bin Tan Lee Sin Ahmad Bin Lee Sin Ravi a/l Maniam Ravi Bin Maniam Ahmad Ravi Bin Maniam ii. Walau bagaimanapun, jika nama asal orang tersebut atau nama bapanya bermaksud nama-nama tuhan atau dewa agama asalnya atau nama yang bermaksud tidak baik, bolehlah menukar namanya kepada nama yang bermaksud baik dalam Islam. CONTOH PENAMAAN Nama Asal Nama Islam * Rajesh a/l Maniam Ahmad Bin Maniam * Rujuk lampiran C (Senarai Nama-Nama Hindu Berunsur Ketuhanan). iii. Seseorang saudara kita boleh membuat pilihan sekiranya dia ingin mengekalkan nama keluarga/ keturunan di samping nama baru. CONTOH PENAMAAN Nama Asal Nama Islam Tan San Tai Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin iv. Nama keluarga/ keturunan boleh digunakan oleh saudara kita dan generasi yang seterusnya iaitu anak kepada saudara kita yang baru. CONTOH PENAMAAN Nama Saudara Kita Nama Anak Saudara Kita Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin Muhammad Tan Bin Ahmad Tan 7. Penutup Adalah diharapkan garis panduan ini dapat menjadi rujukan kepada seluruh umat Islam dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan penamaan anak tak sah taraf, anak angkat dan saudara kita berdasarkan hukum Islam. [1] Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak, 2001, (Bab 43) seksyen 2(1). [2] Ibid [3] Ibid [4] Law of Sarawak, Chapter A100, Adoption (Amendment) Ordinance, 2002. [5] Kitab Lisan Arab, Ibnu Manzur. [6] Kamus dewan, edisi ke-4 [7] Kamus Istilah Fiqh (1997), M. Abdul Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi’ah Am, Advance Publication, Selangor hlm 204. [8] Al Quran. Terjemahan Al-Quran Al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran Sdn Bhd, 2010, Selangor. [9] Garis Panduan Penamaan Saudara Baru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1998. Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 23 pada 29 Syawal 1434H/ 05 September 2013Msebulat suara menerima garis panduan seperti berikut: GARIS PANDUAN PENAMAAN (BIN/ BINTI) ANAK TAK SAH TARAF, ANAK ANGKAT DAN SAUDARA KITA 1. Garis panduan ini bolehlah dinamakan sebagai Garis Panduan Penamaan (Bin/ Binti) Anak Tak Sah Taraf, Anak Angkat Dan Saudara Kita. 2. Tafsiran Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: “tak sah taraf” berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah[1]. “persetubuhan syubhah” ertinya persetubuhan yang dilakukan di atas anggapan sah akad nikah tetapi sebenarnya akad itu tidak sah (fasid) atau persetubuhan yang berlaku secara tersilap dan termasuklah mana-mana persetubuhan yang tidak dihukum Had dalam Islam[2]. “nasab” ertinya keturunan yang berasaskan pertalian darah yang sah[3]. “kanak-kanak” ertinya seseorang yang belum berkahwin di bawah umur lapan belas tahun[4]. “anak pungut” ertinya kanak-kanak yang dijumpai terbiar (terlantar) di jalan, yang tidak diketahui bapa dan ibunya.[5] Ertinya anak orang lain yang dipelihara dari kecil[6]. “maula” ertinya pemilik budak[7]. Ertinya seorang hamba sahaya yang sudah dimerdekakan atau seseorang yang telah dijadikan anak angkat[8]. “saudara baru (muallaf)/ saudara kita” ertinya seseorang yang baru memeluk Islam[9]. 3. Penamaan Anak Tak Sah Taraf 3.1 Anak tak sah taraf yang lahir hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’. 3.2 Jika lelaki yang menyebabkan kelahiran anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. (Rujuk lampiran B) 3.3 Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut: Bil CONTOH PENAMAAN Lelaki Perempuan 1 Ahmad Bin Abdullah Azizah Binti Abdullah 2 Ahmad Bin Abdul Rahman (Menggunakan nama-nama “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul.) Azizah Binti Abdul Rahman (Menggunakan nama-nama “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul.) 4. Penamaan Anak Angkat 4.1 Pengangkatan Anak Sah Taraf Islam 4.1.1 Anak sah taraf yang diangkat oleh mana-mana orang hendaklah di‘bin’ atau di ‘binti’ kepada bapa kandungnya sendiri. 4.1.2 Tiada mana-mana nama bapa angkat atau penjaga yang dibenarkan untuk dikait atau disertakan di dalam mem ‘bin’ atau mem ‘binti’ anak yang sah taraf. 4.1.3 Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak sah taraf seperti contoh di bawah: Perkara Nama Lelaki Nama Perempuan Nama kanak-kanak: Faiz Tasnim Nama bapa kandung: Arif Arif Nama bapa angkat: Amir Amir Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut: Bil CONTOH PENAMAAN Lelaki Perempuan 1 Faiz Bin Arif Tasnim Binti Arif 4.2 Pengangkatan Anak Bukan Islam 4.2.1 Anak bukan Islam yang diangkat oleh mana-mana orang Islam hendaklah di ‘bin’ dan di ‘binti’ kepada bapa kandungnya sendiri. 4.2.2 Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak bukan Islam seperti contoh di bawah: Perkara Nama Nama kanak-kanak : Tan San Tai Nama bapa kandung : Tan Lee Sin Nama keluarga/ keturunan : Tan Nama Islam (kanak-kanak) : Ahmad Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut: CONTOH PENAMAAN Nama Asal Nama Islam Tan San Tai Ahmad Tan San Tai Bin Tan Lee Sin Ahmad San Tai Bin Tan Lee Sin Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin Ahmad Bin Tan Lee Sin Ahmad Bin Lee Sin Ravi a/l Maniam Ravi Bin Maniam Ahmad Ravi Bin Maniam 4.2.3 Walau bagaimanapun, jika nama asal orang tersebut bermaksud nama-nama tuhan atau dewa agama asalnya atau nama yang bermaksud tidak baik, hendaklah menukar namanya kepada nama yang bermaksud baik dalam Islam. Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut: CONTOH PENAMAAN Nama Asal Nama Islam * Siva a/l Maniam Ahmad Bin Maniam *Rujuk lampiran C (Senarai Nama-Nama Hindu Berunsur Ketuhanan). 4.3 Pengangkatan Anak Tak Sah Taraf 4.3.1 Anak tak sah taraf yang diangkat oleh mana-mana orang hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’. 4.3.2 Jika lelaki yang mengangkat anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. (Rujuk lampiran B) 4.3.3 Berikut adalah cara penamaan bagi pengangkatan anak tak sah taraf seperti contoh di bawah: Perkara Nama Lelaki Nama Perempuan Nama kanak-kanak : Ahmad Azizah Nama bapa angkat : Ali Ali Penamaan yang DIBENARKAN adalah seperti berikut: BIL CONTOH PENAMAAN Lelaki Perempuan 1 Ahmad Bin Abdullah Azizah Binti Abdullah 4.4 Anak Pungut 4.4.1 Anak pungut yang dijumpai dan tidak diketahui ibu atau bapanya adalah sama sebagaimana cara penamaan anak tak sah taraf, hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kan kepada Abdullah yang bermaksud ‘hamba Allah’. 4.4.2 Jika lelaki yang menjumpai dan mengangkat anak tersebut bernama Abdullah, anak tersebut hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada nama “al-Asma al-Husna” yang lain dengan menyertakan perkataan Abdul dipangkal seperti Abdul Rahman atau Abdul Rahim. 4.4.3 Contoh penamaan anak pungut adalah sama seperti cara penamaan anak tak sah taraf di perkara 4.3.3 di atas. 5. Penggunaan “Maula” Penggunaan “maula” bagi menganti ‘bin’ atau ‘binti’ dalam penamaan anak angkat adalah tidak dibenarkan penggunaannya bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga kemaslahatan ummah. 6. Penamaan Saudara Kita i. Mana-mana orang yang memeluk Islam bolehlah sama ada mengekal atau menukar nama atau menggunakan kedua-dua nama asal dan nama baru dan hendaklah di ‘bin’ atau di ‘binti’ kepada bapa kandungnya atau kepada ‘Abdullah’ atau “al-Asma al-Husna” dengan berpangkalkan Abdul sekiranya beliau ingin berbuat demikian. CONTOH PENAMAAN Nama Asal Nama Islam Judi Anak Man Ahmad Bin Man Joyah Anak Man Mariam Binti Man Tan San Tai Ahmad Tan San Tai Bin Tan Lee Sin Ahmad San Tai Bin Tan Lee Sin Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin Ahmad Bin Tan Lee Sin Ahmad Bin Lee Sin Ravi a/l Maniam Ravi Bin Maniam Ahmad Ravi Bin Maniam ii. Walau bagaimanapun, jika nama asal orang tersebut atau nama bapanya bermaksud nama-nama tuhan atau dewa agama asalnya atau nama yang bermaksud tidak baik, bolehlah menukar namanya kepada nama yang bermaksud baik dalam Islam. CONTOH PENAMAAN Nama Asal Nama Islam * Rajesh a/l Maniam Ahmad Bin Maniam * Rujuk lampiran C (Senarai Nama-Nama Hindu Berunsur Ketuhanan). iii. Seseorang saudara kita boleh membuat pilihan sekiranya dia ingin mengekalkan nama keluarga/ keturunan di samping nama baru. CONTOH PENAMAAN Nama Asal Nama Islam Tan San Tai Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin iv. Nama keluarga/ keturunan boleh digunakan oleh saudara kita dan generasi yang seterusnya iaitu anak kepada saudara kita yang baru. CONTOH PENAMAAN Nama Saudara Kita Nama Anak Saudara Kita Ahmad Tan Bin Tan Lee Sin Muhammad Tan Bin Ahmad Tan 7. Penutup Adalah diharapkan garis panduan ini dapat menjadi rujukan kepada seluruh umat Islam dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan penamaan anak tak sah taraf, anak angkat dan saudara kita berdasarkan hukum Islam. [1] Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak, 2001, (Bab 43) seksyen 2(1). [2] Ibid [3] Ibid [4] Law of Sarawak, Chapter A100, Adoption (Amendment) Ordinance, 2002. [5] Kitab Lisan Arab, Ibnu Manzur. [6] Kamus dewan, edisi ke-4 [7] Kamus Istilah Fiqh (1997), M. Abdul Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi’ah Am, Advance Publication, Selangor hlm 204. [8] Al Quran. Terjemahan Al-Quran Al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran Sdn Bhd, 2010, Selangor. [9] Garis Panduan Penamaan Saudara Baru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1998. Tidak Diwartakan
92 24.0 10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014M Muamalat/Ekonomi Skim Cepat Kaya Dan Seumpamanya 2014/24 Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 24 pada 10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut: i. Setiap pelaburan atau perniagaan dalam Islam mestilah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan syarak dan bukan bergantung semata-mata kepada keuntungan. ii. Selain itu, skim ini jelas bertentangan dengan kaedah fiqh Islam yang menyatakan sekiranya sesuatu kemaslahatan dan kemudaratan bertemu maka hendaklah diutamakan menolak kemudaratan dan sekiranya bertembung antara kemaslahatan individu dan masyarakat maka diutamakan kemaslahatan masyarakat. Sekiranya skim ini dibiarkan berterusan, ia boleh memudaratkan ekonomi sesebuah negara kerana orang ramai beranggapan mereka tidak perlu bekerja dan wang boleh diperolehi dengan mudah tanpa sebarang usaha yang kuat. iii. Oleh hal yang demikian hukum Skim Cepat Kaya dan seumpamanya adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur judi, riba, gharar dan tadlis dan umat Islam dilarang daripada terlibat dengan skim ini. Tidak Diwartakan
93 24.0 10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014M Perubatan Eutanasia Atau Mercy Killing 2014/24 Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 24 pada 10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut: i. Hayat seseorang berakhir apabila roh dicabut daripada jasadnya. Secara perubatan, ia ditentukan apabila jantung dan/atau otak telah berhenti berfungsi. Sebarang tindakan, dengan menggunakan apa-apa nama sekalipun, yang menyebabkan jantung dan/atau otak berhenti berfungsi sebelum ia sepatutnya berlaku menghentikan hayat adalah perbuatan membunuh. ii. Eutanasia, dalam ertikata menghentikan hayat hidup seseorang sebelum dia disahkan mati dengan menggunakan apa-apa cara dan bersandarkan kepada apa-apa alasan adalah dilarang dalam Islam. Pesakit yang meminta supaya dijalankan Eutanasia ke atasnya secara lisan, bertulis atau dengan apa-apa syarat boleh dikategorikan sebagai telah membunuh diri atau melakukan sesuatu untuk membunuh diri. Pengamal perubatan yang mengambil tindakan menghentikan hayat pesakit melalui apa-apa cara boleh dikategorikan sebagai telah membunuh seseorang. Wakil yang meminta agar hayat pesakit dihentikan dengan apa-apa cara boleh dikategorikan sebagai pihak yang menyuruh pesakit itu dibunuh. iii. Seandainya rawatan diberhentikan setelah disahkan jantung dan/ atau otak berhenti secara hakiki dan hanya berfungsi kerana bantuan alat sokongan, ia terkeluar daripada maksud amalan Eutanasia kerana tujuan menghentikan hayat tidak lagi terlaksana. Tindakan seumpama ini dibolehkan kerana pesakit telah disahkan mati dan tidak memerlukan sebarang rawatan. iv. Tiada ruang dalam Islam yang membolehkan seseorang itu memilih untuk mati dengan memberhentikan sebarang bentuk rawatan demi menamatkan kesengsaraan yang dialami. Berdasarkan kepada hadith ‘Ata’ bin Abi Rabah, si pesakit boleh memilih untuk tidak membuat rawatan tetapi ia bukan alasan untuk menamatkan kehidupan. Dia perlu bersabar menerima dugaan Allah SWT. Selain itu tiada dalil yang membenarkan hayat seseorang dihentikan demi mengurangkan kos rawatan. Tidak Diwartakan
94 24.0 10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014M Muamalat/Ekonomi Parameter Pelaburan Emas 2014/24 Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 24 pada 10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014Msebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut: Syarat Umum Jual Beli 1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah. Pihak Yang Berakad 2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut: i. Baligh, berakal dan rasyid Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya. ii. Keredhaan Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi. Harga Belian (al-Thaman) 3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Barang Belian (al-Muthman) 4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah. 5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah. 6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah: i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya. ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan. iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas. Sighah 7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’. 8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”. 9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya. Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi 10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut: i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad. ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan. Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi. Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut: Syarat Pertama: Taqabudh 11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad. 12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut: Pembayaran secara tunai a. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque) a. Pembayaran secara cek peribadi b. Pembayaran secara kad debit c. Pembayaran secara kad kredit d. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa. Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan. Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku. 13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu: a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli. b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan. 14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah. Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi. Syarat Kedua: Secara Lani 15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas. 16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran. 17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali. Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah dilakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing. Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing. Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut: Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian: i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku. ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual. iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu. iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000. Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli. Akad Dan Unsur Sampingan 18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut. 19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah. 20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli. 21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu. 22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan. 23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar (fahish) yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak. Tidak Diwartakan
95 24.0 10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014M Zakat Garis Panduan Pengurusan Zakat Asnaf Riqab Dan Gharimin 2014/24 Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 24 pada 10 Jamadilawal 1435H/ 12 Mac 2014M sebulat suara menerima garis panduan seperti berikut: Garis Panduan Pengurusan Zakat Asnaf Riqab Dan Gharimin Negeri Sarawak Satu garis panduan bagi memberi panduan kepada Tabung Baitulmal Sarawak berkaitan agihan zakat kepada asnaf riqab dan gharimin sebagaimana diputuskan oleh Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-24 pada 10 Jamadilawal 1435H bersamaan 12 Mac 2014M seperti berikut: "Berdasarkan pembentangan hasil kajian yang telah dilaksanakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia danmeneliti fakta-faktadan hujah-hujah yang dikemukakan oleh penyelidik, Muzakarahberpuashatidanbersetuju menerima hasil kajian dan GarisPanduan Pengurusan Zakat AsnafRiqabDanGharimin: Satu Analisis Kontemporariyang telah dikemukakan oleh pihak penyelidik . BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas (1) Garis panduan ini bolehlah dinamakan sebagai Garis Panduan Pengurusan Zakat Asnaf Riqab Dan Gharimin Negeri Sarawak. Tafsiran (2) Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: “Baitulmal” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 45, Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001. ”Gharim” ertinya golongan yang layak mendapat bantuan zakat daripada asnaf gharimin iaitu individu yang berhutang untuk keperluan diri dan tanggungannya, Individu yang berhutang untuk keperluan masyarakat umum, individu yang menjadi penjamin dan individu yang ditimpa musibah seperti bencana alam. ”Hamba mukatab” ertinya hamba yang dijanjikan oleh tuannya boleh dibebaskan dengan syarat membayar sejumlah wang. Harta zakat diberikan kepada tuan kepada hamba tersebut bagi melangsaikan hutang tebusan tersebut. “Hamba sahaya” ertinya hamba yang dibeli menggunakan harta zakat, kemudian dia dimerdekakan. “Hutang” ertinya hutang untuk keperluan yang dibenarkan oleh syarak dan bukan hutang pada perkara dosa, maksiat, atau safah (melebihi keperluan). ”Individu yang berhutang untuk keperluan diri dan tanggungannya” ertinya golongan orang fakir yang sangat memerlukan, orang berhutang yang tidak mampu membayar hutangnya, dan orang yang menanggung kos bayaran diyat (denda gantian dalam hukuman qisas)." “Individu yang berhutang untuk keperluan masyarakat umum” ertinya seorang yang menganggung satu tanggungan (seperti membayar diyat pihak yang berkonflik atau menanggung ganti rugi daripada konflik), seorang yang ditimpa wabak penyakit sehingga habis hartanya dan seorang yang ditimpa bencana. “Individu yang ditimpa musibah seperti bencana alam” ertinya seseorang yang hartanya rosak kerana banjir, juga rosak kerana terbakar, dan seseorang yang mempunyai ahli keluarga tetapi dia tidak memiliki harta, lalu dia berhutang untuk memberi nafkah kepada ahli keluarganya." “Orang Islam yang dieksploitasi sehingga diperhambakan” ertinya individu beragama Islam yang dikuasai oleh seseorang atau organisasi secara paksa yang diperlakukan secara tidak adil untuk manfaat pihak yang menguasai serta individu yang dikuasai itu tidak memiliki kebebasan mengurus keperluan diri. Contohnya, orang yang ditawan oleh musuh, diculik, buruh paksa, mangsa pemerdagangan orang, buruh kanak-kanak, orang yang dieksploitasi untuk menjadi pekerja seks, orang yang dieksploitasi kerana bebanan hutang. “Penjamin” ertinya seseorang yang dapat memenuhi keperluan undang-undang untuk menjadi seorang penjamin dan bertanggungjawab membayar hutang peminjam jikalau beliau mungkir. ”Riqab” ertinya golongan yang layak mendapat bantuan zakat daripada asnaf riqab iaitu hamba mukatab, hamba sahaya dan orang Islam yang dieksploitasi sehingga diperhambakan. ”Undang-Undang Islam” ertinya Undang-Undang Islam mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanbali atau Hanafi sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. ”Zakat” ertinya cukai daripada harta dan pendapatan seseorang orang Islam yang kena dibayar mengikut Undang-Undang Islam. BAHAGIAN II ASNAF RIQAB Golongan Yang Layak (3) Seseorang yang layak mendapat bantuan zakat daripada asnaf riqab hendaklah terdiri daripada golongan: (a) Hamba mukatab; (b) Hamba sahaya; dan (c) Orang Islam yang dieksploitasi sehingga diperhambakan. Syarat Kelayakan (4) Seseorang yang layak mendapat bantuan zakat daripada golongan seperti dalam perkara 3 (a), (b)dan (c) mestilah memenuhi syarat-syarat berikut: (a) beragama Islam; (b) memerlukan kepada bantuan kewangan; (c) dengan kehendak sendiri mahu keluar daripada eksploitasi; (d) dieksploitasi oleh individu lain, bukan terjerumus ke dalam kancah belenggu dengan kehendak diri sendiri; dan (e) bertujuan untuk menghapuskan penindasan dan eksploitasi terhadap asnaf riqab. BAHAGIAN III ASNAF GHARIMIN Golongan Yang Layak (5) Seseorang yang layak mendapat bantuan zakat daripada asnaf gharimin hendaklah terdiri daripada golongan: (a) individu yang berhutang untuk keperluan diri dan tanggungannya; (b) individu yang berhutang untuk keperluan masyarakat umum; (c) individu yang menjadi penjamin; dan (d) individu yang ditimpa musibah seperti bencana alam. Syarat Kelayakan (6) Seseorang yang layak mendapat bantuan zakat daripada golongan seperti dalam perkara 5 (a), (b) (c) dan (d) mestilah memenuhi syarat-syarat berikut: (a) Islam; (b) Merdeka; (c) telah sedia berhutang sama ada berhutang untuk keperluan diri, ahli keluarga, atau masyarakat, juga menjadi penjamin hutang; (d) hutang tersebut adalah untuk keperluan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam; (e) fakir iaitu tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melangsaikan hutang; dan (f) menjadi penjamin kepada yang berhutang BAHAGIAN IV PELBAGAI Tanggungjawab Tabung Baitulmal Sarawak (7) Bagi memastikan seseorang pemohon itu tergolong di dalam asnaf riqab dan asnaf gharimin, pihak Tabung Baitulmal Sarawak bolehlah membuat penyiasatan yang perlu dengan menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi tujuan tersebut. Bidangkuasa Melulus (8) (1) Permohonan yang telah diterima oleh Tabung Baitulmal hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas bagi tujuan meluluskan permohonan tersebut. (2) Jawatankuasa ini setelah berpuas hati dengan keesahan permohonan mempunyai bidangkuasa untuk menolak atau meluluskan permohonan yang dikemukakan berdasarkan kaedah dan tatacara yang telah ditentukan olehnya. Tidak Diwartakan
96 25.0 13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M Muamalat/Ekonomi Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Menurut Perspektif Islam 2014/25 Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 25 pada 13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M sebulat suara menerima garis panduan seperti berikut: GARIS PANDUAN PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 1. Pengenalan Satu garis panduan bagi memberi panduan kepada syarikat jualan langsung, peserta termasuklah pengedar, wakil jualan atau ejen, pembeli, pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam perniagaan seumpama ini serta orang awam bagi memastikan perniagaan jualan langsung mereka adalah selaras dengan prinsip-prinsip syariah sebagaimana diputuskan oleh Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali Ke 12 pada 14 November 2007M / 4 Zulkaedah 1428H telah memutuskan bahawa: “Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi-Level Marketing (MLM) yang diluluskan oleh kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam”. 2. Tajuk ringkas. Garis panduan ini bolehlah dinamakan sebagai garis panduan perniagaan jualan langsung menurut perspektif Islam. 3. Tafsiran: Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: “Akad” (Agreement/ contract) ertinya perjanjian antara syarikat dan peserta yang telah difahami dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak menurut hukum syarak. “Barang” (Good) ertinya tiap-tiap jenis harta alih selain daripada hak dalam tindakan, suratcara boleh niaga, syer dan wang. “Bonus” (Incentive/ bonus) ertinya bayaran tambahan sebagai saguhati selain upah atau gaji. “Elektronik” (Electronics) ertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optic, magnetic, elektromagnetik, biometric, fotonik atau teknologi lain yang seumapamanya. “Harta tidak ketara” (Intangible assets) ertinya apa-apa barang atau perkhidmatan yang tidak mempunyai nilai atau manfaat yang jelas kepada peserta dan pengguna. “Insentif” (Incentive) ertinya sesuatu yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan. “Jualan langsung” (Direct selling) ertinya jualan pintu ke pintu, pesanan pos atau jualan transaksi elektronik termasuk pelan pemasaran berbilang tingkat, pelan pemasaran satu tingkat dan jualan melalui pesanan pos. “Jualan pintu ke pintu” (Door-to-door sales) ertinya jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan dengan cara sepeerti yang berikut: Seseorang atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk: a) Pergi dari satu tempat ke satu tempat selain dari satu tempat perniagaan yang tetap, atau b) Membuat panggilan telefon mencari orang yang bersedia untuk membuat kontrak sebagai pembeli bagi penjualan barang atau perkhidmatan. Orang yang mula-mula disebut itu atau mana-mana orang lain selepas itu atau kemudiannya membuat perundingan dengan bakal pembeli dengan mewujudkan kontrak itu. “Jualan pesanan pos” (Mail order sales) ertinya jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya, dengan menerima tawaran bagi kontrak jualan melalui pos. “Jualan melalui transaksi elektronik” (Sales through electronic transactions) ertinya jualan barang-barang atau perkhidmatan secara elektronik dengan menggunakan rangkaian pemasaran bagi maksud untuk mendapatkan komisen, bonus atau apa-apa faedah ekonomi yang lain. “Komisen” (Commission) ertinya upah yang dibayar kepada wakil atau ejen kerana menjual barang atau perkhidmatan. “Perkhidmatan” (Service) ertinya apa-apa jenis hak atau faedah kecuali barang dan pelaksanaan kerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan. “Peserta” (Participants) ertinya orang yang mengambil bahagian dalam skim jualan langsung dan termasuklah pengedar, wakil jualan atau ejen dan pembeli. “Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing Plan/ MLM)” ertinya syarikat akan mengambil atau melantik individu sebagai peserta untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat. Peserta yang berkenaan akan melantik individu lain bagi membentuk rangkaian di bawahnya (downline) untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat. Proses pengambilan peserta baharu boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah. Setiap peserta akan mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain daripada jualan peribadi dan jualan ahli atau pengedar di bawah rangkaian atau dalam kumpulannya (over-riding bonus). “Pelan Pemasaran Satu Tingkat (Single Level Marketing Plan)” ertinya syarikat akan melantik atau menaja wakil atau ejen jualan dan membayar gaji atau komisen atau gabungan gaji dan komisen atas jumlah yang dibuat. Wakil atau ejen jualan berkenaan tidak dibenarkan untuk melantik atau menaja wakil atau ejen jualan lain. “Produk” (Product) bermaksud barang atau perkhidmatan. “Skim Piramid” (Pyramid scheme) ertinya apa-apa skim, perkiaraan, pelan, pengendalian atau proses berantai yang bonus atau faedah diperolehi semata-mata atau terutamanya daripada perekrutan atau pengambilan peserta ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai pyramid berbanding dengan jualan barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta. 4. KRITERIA PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG YANG DIHARUSKAN OLEH ISLAM Perniagaan jualan langsung yang diharuskan oleh hukum syarak mengandungi ciri-ciri seperti berikut: 4.1 Kontrak Jualan Langsung Secara Bertulis. a) Syarikat hendaklah menyediakan satu kontrak bertulis yang mengandungi terma dan syarat yang jelas perihal perjanjian antara syarikat dan peserta. b) Terma dan syarat perjanjian hendaklah difahami dan dipersetujui oleh syarikat dan peserta. c) Kontrak hendaklah mengandungi klausa “KONTRAK INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA TEMPOH BERTENANG SELAMA SEPULUH HARI KERJA” yang dicetak dengan huruf besar dalam cetakan yang tidak kurang daripada 18 poin Times[1]. d) Kontrak tersebut hendaklah ditandatangani oleh wakil syarikat dan peserta yang baharu menyertai syarikat jualan langsung. e) Seseorang peserta boleh membatalkan kontrak tersebut pada bila-bila masa sebelum habisnya tempoh bertenang yang menyatakan niatnya untuk menamatkan atau menarik diri daripada kontrak itu.[2] 4.2 Tempoh Bertenang (Cooling Off Period) a) Tempoh bertenang ialah tempoh tidak kurang dari sepuluh hari bekerja dari tarikh penyertaan yang membenarkan seseorang peserta membatalkan atau menarik balik penyertaan dalam perniagaan jualan langsung. b) Sekiranya berlaku pembatalan keahlian, syarikat hendaklah memulangkan keseluruhan yuran keahlian yang telah dibayar oleh peserta. c) Sekiranya pembeli membuat pembelian dan berhasrat untuk memulangkan barang tersebut kerana didapati tidak sesuai, pembeli berhak berbuat demikian sebelum tamat tempoh sepuluh hari, dan syarikat hendaklah memulangkan kembali keseluruhan wang atau harga barang tersebut. d) Pembeli juga berhak untuk memulangkan barang yang dibeli sekiranya didapati tidak memenuhi spesifikasi yang dikehendaki. Perkara ini adalah berdasarkan khiyar al-syart iaitu pilihan untuk membatalkan sesuatu akad selepas tempoh beberapa hari sebagaimana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi: ...حدثنا كثير بن عبد الله بن عمرو بن عوف المزني عن أبيه عن جده أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال الصلح جائز بين المسلمين إلا صلحا حرم حلالا أو أحل حراما والمسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا أو أحل حراما. قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح Maksudnya: “Telah diceritakan kepada kami kathir bin Abdullah bin ‘amru bin ‘auf al-Muzanniy daripada bapanya daripada datuknya bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawa perdamaian diharuskan dikalangan orang Islam kecuali perdamaian yang mengharamkan yang halal atau yang menghalalkan yang haram dan orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram”.[3] 4.3 Yuran keahlian pada kadar yang minima. a) Yuran yang ditetapkan hendaklah pada kadar yang minima meliputi kos pengurusan dan bahan-bahan bercetak yang dimasukkan dalam suatu kelengkapan jualan (sales kit) yang mengandungi pelan pemasaran dan kod etika syarikat. b) Menerusi pembayaran yuran, peserta secara automatic telah menjadi ahli atau pengedar, wakil jualan atau ejen kepada syarikat jualan langsung. c) Yuran keahlian hendaklah tidak mengandungi elemen pernyertaan dalam kad diskaun yang menetapkan kadar yuran keahlian yang tinggi yang boleh membebankan peserta. 4.4 Tujuan menjadi peserta syarikat jualan langsung mestilah jelas dan selaras dengan kehendak syarak seperti berikut: a) Membeli dan menggunakan barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan oleh syarikat dengan menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan; dan/ atau b) Menjadi pengedar, wakil atau ejen jualan kepada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan oleh syarikat dengan menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan. 4.5 Akad-akad dalam perniagaan jualan langsung. a) Akad-akad antara syarikat dengan peserta hendaklah ditentukan dengan jelas antara syarikat dengan peserta. b) Tertakluk kepada (a), pada asasnya akad antara syarikat dengan peserta boleh terdiri daripada akad-akad yang berikut: i. Al-wakalah (الوكالة) wakil atau ejen Al-wakalah ialah akad yang member kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberi kuasa (al-muwakkil). Dalam akad ini, peserta termasuk pengedar, wakil jualan atau ejen melaksanakan tugas membuat penerangan tentang syarikat, promosi barang atau perkhidmatan, menjual barang dan perkhidmatan serta mendaftar ahli baharu untuk syarikat. Syarikat akan membayar komisen, bonus atau faedah ekonomi lain atas tugas atau kerja apabila peserta mencapai sasaran jualan (dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti setahun) berdasarkan konsep al-jua’lah. Menerusi akad al-wakalah, peserta atau wakil boelh berhenti atau menarik diri pada bila-bila masa apabila peserta tidak lagi melaksanakan kerja dalam tempoh masa sebagaimana yang ditetapkan oleh syarikat misalnya setahun. Sekiranya peserta tidak menarik diri selepas tempoh tersebut, kontrak akan tamat dengan sendirinya meskipun tidak dimaklumkan kepada syarikat berhubung penamatan tersebut.[4] ii. Al-wakalah bi ujr (الوكالة بأجر) wakil atau ejen dengan upah Al-wakalah bi ujr ialah akad yang member kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberi kuasa (al-muwakkil). Menerusi akad ini, syarikat akan melantik peserta termasuk pengedar, wakil jualan atau ejen melaksanakan tugas membuat penerangan tentang syarikat, promosi barang atau perkhidmatan, menjual barang dan perkhidmatan serta mendaftar ahli baharu untuk syarikat. Syarikat akan membayar komisen, bonus atau faedah ekonomi lain atas sasaran jualan berdasarkan konsep al-ju’alah. Menerusi akad al-wakalah bi ujr, kedua-dua pihak tidak harus membatalkan akad tanpa persetujuan pihak lain.[5] Nota: Dari sudut fiqh, al-wakalah bi ujr terbahagi kepada dua. [6] Pertama: al-wakalah dengan konsep al-ju’alah (upah atas hasil kerja/ result oriented). Contoh: “A menjadi wakil B untuk mempromosi barang, jika terjual barang tersebut, 5% daripadanya milik B.” Al-wakalah dengan konsep al-ju’alah semua fuqaha’ berpandangan ia tidak mengikat kecuali mazhab Maliki yang mengatakan mengikat jika orang yang menerima tawaran telah memulakan kerja atau tugas. Kedua: Al-wakalah dengan konsep ijarah (upah atas masa contoh seminggu, setahun/ effort oriented) Contoh: “A menjadi wakil B untuk menjual barang dengan upah RM10 sehari.” A tetap mendapat upah meskipun tidak Berjaya menjual barang tersebut. Mazhab Hanafi dan Maliki berpandangan bahawa wakalah dengan konsep ijarah mengikat kedua-dua belah pihak. Menurut mazhab Syafi’I dan Hanbali, ia tetap tidak mengikat. iii. Al-ju’alah (الجعالة) Al-ju’alah ialah akad yang menjanjikan pemberian saguhari kepada pihak yang melaksanakan sesuatu kerja kepada pihak yang melaksanakan sesuatu kerja yang telah ditetapkan. Peserta yang menjual produk serta mendaftar ahli baharu untuk syarikat dijanjikan komisen, bonus atau faedah ekonomi lain berdasarkan konsep al-ju’alah.[7] iv. Hibah (الهبة) Hibah ialah suatu pemberian sukarela yang diharuskan olehsyarak oleh syarikat kepada peserta. v. Al-bay’ (البيع) Jual Beli Akad antara peserta atau pihak yang membeli produk keluaran syarikat. vi. Ijarah ‘ala al-a’mal (اجارة على الأعمال) upah khidmat atau kerja Akad ijarah ‘ala al-a’mal ialah kontrak memberi upah terhadap khidmat yang diberikan dalam bentuk kerja,[8] pemikiran dan kepakaran. Bentuk-bentuk ijarah ‘ala al-a’mal antaranya adalah seperti makan gaji, mengambil upah atau bayaran bagi perkhidmatan.[9] Dalam konteks jualan langsung, akad ini berlaku menerusi hubungan antara syarikat dengan kakitangan yang bertugas di ibu pejabat dan cawangan-cawangan sama ada yang menjalankan tugas pentadbiran atau promosi. Sebagai balasan atas khidmat yang diberikan, kakitangan tersebut dibayar gaji. Di samping itu, kakitangan dicawangan yang menjalankan tugas membuat penerangan tentang syarikat, mempromosi dan menjual produk serta mendaftaf ahli baharu untuk syarikat juga boleh menerima komisen, bonus atau faedah ekonomi lain jika prestasi jualan meningkat berdasarkan konsep al-ju’alah. 4.6 Kontrak berteraskan prinsip saling reda-meredhai. (التراضي) a) Akad antara pihak-pihak yang berkontrak hendaklah saling redha-meredhai (التراضي) semasa memeterai akad. Jumhur fuqaha’ bersepakat bahawa prinsip saling redha-meredhai merupakan syarat sah akad. b) Dalil al-Quran adalah menerusi firman Allah SWT: Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu dan janganlah kamu membunuh dirimu, Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu”. (Surah An-Nisa’: 29) c) Dalil al-Sunnah adalah berdasarkan hadith Rasulullah SAW: حدثنا العباس بن الوليد الدمشقي حدثنا مروان بن محمد حدثنا عبد العزيز بن محمد عن داود بن صالح المديني عن أبيه قال سمعت أبا سعيد الخدري يقول قال رسول الله صلى الله وسلم إنما البيع عن تراض [10] Maksudnya: “Diceritakan kepada kami al-A’bbas bin al-walid al-Dimasyqiy sebagaimana yang diceritakan kepada kami oleh Marwan bin Muhammad sebagaimana yang diceritakan kepada kami oleh Abdul Aziz bin Muhammad daripada Daud bin Saleh al-Madiniy daripada bapanya beliau berkata bahawa aku telah mendengar Abu Said al-Khudriy berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda bahawa sesungguhnya jual beli adalah berdasarkan konsep saling redha-meredhai (kerelaan kedua-dua pihak)”. (Hadith Riwayat Ibn Majah) d) Hukum syarak menggariskan bahawa prinsip saling redha-meredhai berlaku apabila terdapatnya niat yang memberi kesan kepada akad iaitu bebas daripada tekanan atau paksaan. Justeru, transaksi jualan langsung antara pihak-pihak hendaklah berpaksikan kepada prinsip saling redha-meredhai serta bebas daripada unsur paksaan, manipulasi dan eksploitasi. 4.7 Setiap peserta syarikat jualan langsung layak untuk menikmati salah satu atau gabungan keistimewaan seperti yang berikut: a) Mendapat potongan harga bagi setiap pembelian dan/ atau mendapat baucar atau kupon bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat. Potongan tersebut adalah berdasarkan akad al-wa’d bi al-hibah (janji untuk member hibah). b) Mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain bagi setiap pembelian atau jualan peribadi atau pembelian atau jualan orang di bawah rangkaian atau dalam kumpulannya berdasarkan akad al-ju’alah. c) Menjadi pengedar kepada rangkaian produk syarikat iaitu menjadi suatu entity perniagaan baharu di bawah syarikat jualan langsung (independent business owner). 4.8 Produk hendaklah memenuhi kriteria seperti yang berikut: a) Produk yang dikeluarkan oleh syarikat hendaklah terdiri daripada barangan dan perkhidmatan yang bermanfaat menurut perspektif syarak. b) Produk tersebut hendaklah berkualiti dan selamat untuk digunakan. c) Produk bukanlah sebagai alat atau helah dalam urus niaga bagi mengaburi ciri-ciri skim piramid atau skim cepat kaya. Kekuatan syarikat jualan langsung adalah terletak kepada produk yang bermutu dan bukan terhadap objektif jangka pendek bagi tujuan mengaut keuntungan semata-mata. d) Produk makanan, minuman dan barangan gunaan yang dijual oleh syarikat hendaklah mendapat pengiktirafan halal JAKIM atau badan-badan persijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Bagi menjamin sistem pengurusan syarikat adalah mengikut prinsip-prinsip Islam, disarankan agar syarikat jualan langsung memohon piawaian MS 2400:2010 Standards On Halal Logistics, MS1500:2009 Makanan Halal: Pengeluaran,Penyediaan dan Penyimpanan, MS2200:2008 Standards On Halal Cosmetics dan MS1900:2005 Standards On Quality Management System From Islamic Perspective bagi memberi nilai tambah terhadap pengiktirafan halal bagi produk-produk syarikat terbabit. e) Produk bukanlah terdiri daripada barang ribawi seperti emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh kerana melibatkan elemen riba. 4.9 Harga bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah munasabah, berpatutan, tidak melampau serta berkadaran dengan jenis dan kualiti barang. 4.10 Pemberian insentif. a) Pemberian insentif oleh syarikat kepada peserta boleh berupa komisen, bonus atau faedah ekonomi yang lain. b) Pembayaran komisen, bonus atau faedah ekonomi lain dalam perniagaan jualan langsung adalah berdasarkan prinsip al-jua’lah atau hibah. c) Pemberian komisen, bonus atau faedah ekonomi lain hendaklah berasaskan jualan kuantiti barang atau perkhidmatan dan bukan berasaskan perekrutan atau pengambilan peserta baharu. d) Pelan pemasaran syarikat jualan langsung dan pelan pemberian insentif yang bermatlamat perekrutan atau pengambilan peserta baharu semata-mata atau terutamanya sebagai kelayakan untuk mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain adalah mengandungi elemen money game atau perjudian yang tidak diharuskan oleh hukum syarak. e) Upline berhak menerima komisen, bonus atau faedah ekonomi lain daripada pembelian atau jualan downline yang dibantunya sahaja. f) Komisen, bonus atau faedah ekonomi lain hendaklah diambil daripada keuntungan jualan produk dan/ atau atas sumbangan syarikat. g) Syarikat hendaklah menetapkan dengan jelas kerja yang perlu dilakukan oleh peserta bagi melayakkanya mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain dan mengisytiharkan syarat-syarat tersebut. h) Syarikat hendaklah memberi peluang secara adil kepada semua peserta untuk mendapatkan komisen, bonus atau insentif. i) Syarikat digalakkan untuk mempelbagaikan produk bagi membuka peluang kepada peserta memperbanyakkan jualan bagi tujuan mendapatkan komisen, bonus atau faedah ekonomi lain. Pendekatan ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya eksploitasi sistem atau rangkaian menjadi money game. j) Pelan pemasaran syarikat dan pelan pemberian insentif kepada peserta hendaklah dinyatakan secara jelas oleh syarikat dalam dokumen bertulis. 4.11 Polisi beli balik atau polisi bayar balik. (Sale And Buyback Policie) a) Syarikat hendaklah menyediakan suatu kontrak bertulis yang mengandungi terma tentang polisi beli balik atau bayar balik. b) Syarikat hendaklah membeli balik apa-apa barang yang dipasarkan yang telah dijual kepada peserta dalam masa enam bulan dengan membuat pembayaran tidak kurang daripada sembilan puluh peratus (90%) daripada amaun yang dibayar.[11] 4.12 Mana-mana peserta boleh menarik diri daripada menyertai syarikat pada bila-bila masa berdasarkan terma dan syarat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. 4.13 Pelantikan Penasihat Syariah. a) Syarikat hendaklah melantik Penasihat Syariah yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang Islam yang sekurang-kurangnya mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang syariah termasuk pengajian dalam Usul Fiqh dan Fiqh Muamalat.[12] b) Syarikat digalakkan untuk melantik Penasihat Syariah yang mempunyai pengalaman yang bersesuaian dalam bidang muamalat. c) Penasihat syariah tidak boleh mempunyai sebarang hubungan yang boleh mempengaruhi pendiriannya dalam membuat keputusan yang bebas dengan mempunyai hubungan kekeluargaan terdekat seperti pasangan, anak atau adik-beradik dengan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat atau Ahli Lembaga Pengarah; dan tidak mempunyai kepentingan saham dalam syarikat jualan langsung atau anak-anak syarikatnya. 4.14 Program latihan. a) Syarikat hendaklah menganjurkan program latihan secara percuma bagu tujuan seperti berikut: i. Untuk memperkenalkan produk kepada peserta khususnya bagi produk yang mempunyai ciri-ciri khusus yang bersifat teknikal dan ciri-ciri khusus yang mematuhi hukum syarak; dan ii. Untuk memberikan pendedahan kepada peserta berhubung dengan kaedah pemasaran bagi meningkatkan prestasi jualan syarikat. b) Syarikat boleh menganjurkan program latihan secara berbayar dengan kadar yuran penyertaan yang munasabah. c) Pengendalian program latihan hendaklah bertepatan dengan prinsip-prinsip syarak termasuklah memelihara adab dan pergaulan antara mahram dan bukan mahram. 5. UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG 5.1 Unsur-unsur yang dilarang dalam perniagaan jualan langsung adalah seperti berikut: 5.1.1 Mengandungi unsur skim piramid seperti yang berikut: i. Skim piramid atau skim cepat kaya adalah tidak mematuhi prinsip-prinsip Syariah kerana berteraskan unsur perjudian atau pertaruhan (qimar) melalui permainan wang (money game) iaitu downline yang baharu ditaja oleh upline akan kehilangan wang penyertaan jika tidak berusaha mencari downline yang lain. ii. Penyertaan dalam perniagaan jualan langsung dengan niat untuk mencari atau merekrut peserta baharu semata-mata atau terutamanya dan bukan dengan niat menjalankan perniagaan adalah mengandungi elemen skim piramid atau skim cepat kaya. iii. Pendapatan peserta dan syarikat dalam skim piramid atau skim cepat kaya dijana daripada yuran penyertaan ahli baharu semata-mata atau terutamanya dan bukan hasil daripada penjualan barang atau perkhidmatan. iv. Pembayaran yuran penyertaan tanpa sebarang imbalan atau pertukaran barang atau perkhidmatan adalah mengandungi elemen riba al-fadhl dan riba al-nasi’ah iaitu meletakkan sejumlah wang (yuran penyertaan) secar tunai dengan tujuan untuk mendapat sejumlah wang yang lebih banyak berlaku secara tangguh. v. Pembelian wajib barang atau perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan dikenakan sebagai syarat untuk melayakkan seseorang mendapat bonus atau faedah ekonomi lain dalam skim terhadap pembelian atau jualan peribadi atau pembelian atau jualan ahli di bawahnya. vi. Peserta dikehendaki membeli barang-barang atau perkhidmatan dalam amaun yang tidak munasabah yang melebihi jangkaan boleh dijual atau digunakan dalam suatu tempoh masa yang munasabah. vii. Pembelian pangkat atau pembelian lebih daripada satu keahlian merupakan pendekatan yang mengandungi elemen skim piramid dan dengan itu adalah bertentangan dengan hukum syarak. viii. Syarikat yang menetapkan struktur pembayaran bonus mengikut susunan hierarki yang ketat tanpa membenarkan peserta melangkau upline dengan tidak mengambil kira keupayaan dan usaha sebenar peserta adalah mengandungi elemen skim piramid yang bertentangan dengan hukum syarak. 5.1.2 Mengandungi unsur penipuan, penindasan, manipulasi dan eksploitasi dalam pelan pemasaran dan pelan pemberian insentif. i. Syarikat hendaklah memastikan bahawa pelan pemasaran dan pelan pemberian insentif adalah telus dan adil serta bebas daripada sebarang bentuk penipuan, penindasan, manipulasi dan eksploitasi yang boleh memperdaya ahli atau pengguna. ii. Sebarang unsur penipuan, penindasan, manipulasi dan eksploitasi oleh ahli atau pengedar dalam usaha mencari ahli baharu semata-mata atau terutamanya untuk meningkatkan sasaran pencapaian kumpulan adalah ditegah oleh hukum syarak. iii. “Manipulasi” ertinya segala tindakan dan selok-belok untuk memperdaya orang atau mempengaruhi pendirian orang lain tanpa disedari orang itu. iv. “Eksploitasi” ertinya perbuatan (tindakan) mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan dan secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri. Dalil as-Sunnah yang melarang perbuatan menipu dan memperdaya dalam jual beli. حدثنا علي بن حجر أخبرنا إسمعيل بن جعفر عن العلاء بن عبد الرحمن عن أبيه عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم مرعلى صبرة من طعام فأدخل يده فيها فنالت أصابعه بللا فقال : ما هذا يا صاحب الطعام ؟، قال : أصابته السماء يا رسول الله . قال : أفلا جعلته فوق الطعام حتى يراه الناس، ثم قال من غش فليس منا.[13] Maksudnya: “Diceritakan oleh Ali bin Hujr sebagaimana yang telah disampaikan oleh Ismail bin Ja’far daripada al-‘Ala’ bin Abdul Rahman daripada bapanya daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah berjalan melalui satu timbunan makanan lalu baginda memasukkan tangannya dalam timbunan tersebut maka tersentuh jari-jarinya sesuatu yang basah, lalu baginda bertanya kepafa tuan makanan tersebut, apa ini? lalu dia menjawab, makanan itu terkena air hujan, Rasulullah lantas berkata, tidak bolehkah kamu meletakkan yang basah itu di atas sehingga orang dapat melihatnya kemudian baginda bersabda sesiapa yang menipu, maka dia bukan dari kalangan kami”. (Hadith al-Tirmizi) ... عن صالح أبي الخليل عن عبد الله بن الحارث قال سمعت حكيم بن حزام رضي الله عنه عن النبي الله صلى الله عليه وسلم قال البيعان بالخيار ما لم يتفرقا فان صدقا وبينا بورك لهما في بيعهما وإن كذبا وكتما محقت بركه بيعهما. Maksudnya: Daripada Saleh Abi al-Khalil daripada Abdullah bin al-Harith, beliau telah berkata bahawa beliau telah mendengar Hakim bin Hizam RA daripada Rasulullah SAW telah bersabda, pembeli dan penjual mempunyai hak khiyar (pilihan untuk meneruskan akad atau pun tidak) selagi mana mereka belum berpisah. Sekiranya mereka berkata jujur dan menjelaskan (kondisi barang dan harganya) dalam jual beli, kedua-duanya akan diberkati. Namun sekiranya mereka berdusta dan menyembunyikan (perkara yang sebenar), maka dihapuskan keberkatan jual beli mereka. (Hadith Riwayat al-Bukhari) 5.1.3 Mempunyai unsur paksaan i. Usaha yang bertujuan untuk mencari ahli baharu hendaklah dibuat menerusi pendekatan dan kaedah yang telus dan berhikmah tanpa unsur paksaan yang boleh menggangu atau mendatangkan kegelisahan dan kegusaran kepada individu yang didekati. ii. Selepas setiap sesi penerangan tentang profil syarikat, produk, pelan pemasaran dan pelan pemberian insentif, individu yang didekati mestilah diberi ruang dan masa untuk berfikir bagi membuat pertimbangan sama ada ingin menjadi peserta atau menolak pelawaan tersebut. iii. Peserta hendaklah diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian dan tidak didesak untuk membeli pakej barangan tertentu untuk memenuhi kehendak jualan bagi melayakkan mereka mendapat kedudukan atau bonus dalam skim sedangkan mereka berkemungkinan tidak memerlukan beberapa item dalam pakej tersebut. 5.1.4 Mengandungi unsur pembaziran i. Pembelian dalam kuantiti yang banyak tanpa justifikasi yang wajar semata-mata untuk mendapatkan bonus yang ditawarkan tanpa mempunyai strategi pemasaran yang sewajarnya. ii. Pembelian produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah berlandaskan kepada keperluan kepenggunaan sebenar serta keupayaan untuk menjual produk tersebut. 5.1.5 Menjanjikan keuntungan tetap tanpa usaha Mana-mana syarikat jualan langsung yang menjanjikan keuntungan tetap kepada peserta melalui pemberian komisen/ bonus tanpa sebarang usaha yang jelas meliputi aktiviti promosi dan penjualan barang atau perkhidmatan adalah bertentangan dengan hukum syarak kerana mengandungi unsur riba. 5.1.6 Tidak membenarkan peserta menarik diri Syarikat yang tidak membenarkan peserta menarik diri daripada menyertai jualan langsung adalah tidak selaras dengan ketetapan hukum syarak kerana padanya terdapat unsur paksaan dan penindasan. 5.1.7 Mengandungi unsur syubhah Dalam konteks perniagaan jualan langsung yang berteraskan multi-level marketing, syarikat hendaklah memastikan bahawa pelan pemasarannya adalah bebas daripada perkara yang tidak jelas atau syubhah dalam setiap aspek perniagaan tersebut meliputi pelan pemasaran, pemberian insentif, barang dan perkhidmatan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya bagi memastikan perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi prinsip-prinsip syariah yang telah digariskan oleh Islam. 6. PENUTUP Perniagaan jualan langsung mempunyai potensi sebagai satu bentuk perniagaan yang dapat menyumbang kepada pendapatan negara. Walau bagaimanapun, pihak-pihak yang berkaitan hendaklah merujuk kepada parameter ini untuk menentukan perniagaan jualan langsung tersebut adalah patuh syariah bagi memastikan rezeki yang diperoleh adalah halal. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan sama ada bentuk peniagaan jualan langsung tersebut bertepatan dengan parameter ini atau tidak, hendaklah merujuk ke Jabatan Mufti Negeri Sarawak untuk penjelasan lanjut. [1] Seksyen 23 Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti-Piramid 1993. [2] Seksyen 26 Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti-Piramid 1993. [3] Menurut Al-Tirmizi Hadith Ini Bertaraf Hasan Sahih. Al-Tirmizi, Sunan Al-Tirmizi Dalam Mawsu’ah Al-Sunnah Al-Kutubu Al-Sittah Wa Shuruhiha, Cet.2, Jil.13, (Istanbul: Dar Al-Da’wah, 1992) Hlm.634-635, No Hadith 1352, Kitab Al-Ahkam, Bab Ma Dhukira’an Rasulullah Saw Fi Al-Sulhi Baina Al-Nas. [4] Akad wakalah pada asalnya merupakan akad al-jaizah (bebas) yang tidak mengikat kedua-dua belas pihak. Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, cet.8, jil.3, (Beirut: Dar Al-Kitab Al’arabi, 1987), hlm.236. Lihat lampiran 5. Menurut al-Zuhayli, akad wakalah terhenti apabila berlalunya tempoh yang ditetapkan oleh pewakil berdasarkan pandangan mazhab Maliki, Syafi’i dan Hanbali, Al-Zuhayli, Wahbah, Fiqh Al-Islami Wa-Adillatuhu, cet.4, jil.5, (Damsyik: Dar Al-Fikr, 1997), hlm.4120. [5] Berdasarkan pandangan masyhur dalam Mazhab Hanafi dan Maliki, wakalah dengan upah yang ditentukan masa dan kerja seperti jurujual dan broker, ia adalah akad lazim. Menurut Mazhab Hanbali dan Syafi’I, akad wakalah tidak mengikat (ghair lazim) dalam apa keadaan sekalipun. Al-Zuhayli, hlm.4114-4115. [6] Al-Zuhayli, hlm.4114-4115. [7] Fatwa dar al-ifta’ al-misriyyah pada 26.3.2007 menyatakan bahawa tiada larangan dari segi hukum syarak untuk syarikat member bonus kepada pengedarnya menerusi peratusan hasil daripada pemeblian peserta di bawah rangkaiannya sekalipun pembelian tersebut bukan melaluinya tetapi melalui orang yang didatangkannya (kepada syarikat). Ini kerana sebab atau factor (sahabiyyah) tersebut kekal dan mencukupi untuk melayakkannya terus mendapat bonus dari syarikat. Malah tiada dalam kaedah-kaedah dalam syariat yang menhalang syarikat untuk member bonus kepadanya. Bahkan hal ini menjadi motivasi baginya untuk membantu ahli di bawahnya sehingga perolehan atau pendapatan syarikat menjadi semakin besar. http://.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=523&Home=1&LangID=1 diakses pada 19 mei 2011. [8] Dari segi fiqh, ijarah bermaksud akad pertukaran antara manfaat atau khidmat dengan bayaran. Al-zuhayli, Wahbah, Al-Muamalat Al-Maliyah Al-Mu’asirah, hlm.72. Menurut al-Zuhayli, kontrak sewa terhadap pekerjaan meliputi ialah kontrak yang dibuat terhadap sesuatu pekerjaan yang tertentu seperti membina bangunan, menjahit pakaian atau memindahkan barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain, mencelup kain, membaiki kasut dan sebagainya. Al-zuhayli, hlm.3845. [9] Ahmad Adnan bin Fadzil, soal jawab MLM Syariah HPA, cet.1 (Arau: Islamic book store teknologi HPA sdn.bhd, 2010) hlm.88. [10] Ibn Majah, Sunan Ibn Majah dalam mawsu’ah al-sunnah al-kutubu al-sittah wa Shuruhuha, cet.2, jil 18, (Istanbul: Dar al-Da’wah, 1992), hlm, 737, no. hadith 2185, kitab al-tijarat, bab bay’ al-khiyar). [11] Berdasarkan peraturan di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993. [12] Berdasarkan Shariah Governance Framework For Islamic Financial Institutions, Bank Negara Malaysia, http://www.bnm.gov/guidelines/05_Shariah/02_Shariah_Governance_Framework_20101026.pdf,18.Mei.2011 [13] Menurut al-Tirmizi, hadith Abu Hurairah ialah hadith bertaraf hasan sahih. Al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi dalam Mawsu’ah al-sunnah al-kutubu al-sittah wa shuruhuha, cet.2, jil.13, (Istanbul: Dar al-Da’wah, 1992), hlm.606-607, no hadith 1315, kitab al-buyu’, bab ma ja’a fi karahiyati al-ghish fi al-buyu’. Disepakati oleh ulama’ bahawa hukum tipu daya dalam jual beli adalah haram. Tidak Diwartakan
97 25.0 13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M Sosial/ Syariah Hukum Melakukan Sertu/ Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat 2014/25 Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 25 pada 13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut: 1.Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan sertu/ samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak. Keterangan/Hujah: i. Masyarakat Islam di Malaysia mengamalkan mazhab Syafi’i dalam kebanyakan urusan peribadatannya. Oleh itu amalan sertu/ samak sebanyak tujuh kali yang salah satu daripadanya menggunakan tanah telah diterima pakai secara umum oleh masyarakat, sama ada untuk menyucikan najis mughallazah yang terkena pada badan, pakaian, rumah dan sebagainya. Hadis Nabi S.A.W.: “Bersihkanlah bekas makanan kamu yang dijilat anjing dengan tujuh kali basuhan dan yang pertama daripadanya dengan tanah”. ii. Berdasarkan zahir hadis hukum menyamak dengan tanah pada tempat yang terkena najis mughallazah, Nabi Muhammad S.A.W. tidak memperincikan bentuk dan keadaan tanah yang boleh digunakan untuk menyucikan najis mughallazah. Ini seolah-olah menunjukkan semua jenis tanah yang ada di atas muka bumi ini boleh digunakan untuk menyamak. Imam Al-Sharbini menyebutkan semua jenis tanah sekalipun debu pasir. Tanah yang dicampur dengan benda asing tidaklah menjadi halangan asalkan ia tidak mengubah keaslian tanah dan suci. iii. Dalam kehidupan yang moden pada hari ini, penemuan-penemuan baru yang masih berteraskan prinsip Islam seperti penciptaan sabun sertu/ samak wajar dihargai kerana tujuannya untuk memberi kemudahan kepada umat Islam di mana saja berada. iv. Dari aspek tanah yang digunakan, Rasulullah S.A.W. tidak pernah menyatakan lapisan tanah yang ke berapa perlu digunakan kerana pada asasnya tanah atau pasir adalah suci. v. Bagi umat Islam yang tinggal di luar negara dan mudah terdedah dengan najis-najis mughallazah, penggunaan sabun ini adalah satu alternatif kepada penggunaan tanah yang kadang-kadang sukar diperolehi. vi. Walaupun sabun ini dibenarkan untuk tujuan sertu/ samak bagi menggantikan tanah, tetapi kaedah pelaksanaan sertu/ samak tersebut masih terikat dengan hukum syarak. vii. Penggunaan sabun tersebut dibenarkan dengan syarat pada urufnya kandungan tanah melebihi daripada bahan-bahan yang lain. 2.Mesyuarat mencadangkan proses penentuan kandungan sama ada sabun tersebut boleh digunakan untuk tujuan sertu/ samak adalah dibawah kawalan Bahagian Halal dalam mengeluarkan sijil halal. Oleh itu pengusaha sabun tersebut hendaklah terlebih dahulu mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Sarawak. Tidak Diwartakan
98 25.0 13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M Makanan Bahan Pewarna (Cochineal) Dalam Islam 2014/25 Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 25 pada 13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat berpandangan bahawa cochineal adalah jenis serangga (kumbang betina) yang tidak membahayakan dan zat pewarna yang dihasilkan daripada cochineal boleh dimanfaatkan oleh manusia. Dari segi perundangan negara, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan bahawa pewarna carmine yang diperolehi dan dihasilkan daripada cochineal adalah dibenarkan berdasarkan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP). Mesyuarat juga menegaskan bahawa Jumhur Fuqaha’ sepakat menetapkan bahawa bangkai serangga yang darahnya tidak mengalir adalah suci, dan pewarna cochineal adalah diperolehi daripada serangga cochineal yang telah mati di mana darahnya tidak mengalir. Berdasarkan ketetapan tersebut, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan pewarna cochineal dalam makanan, minuman dan barang gunaan adalah diharuskan dan kadar penggunaan yang dibenarkan adalah mengikut ketetapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selagi mana ia tidak mendatangkan kemudharatan. Tidak Diwartakan
99 25.0 13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M Muamalat/Ekonomi Kedudukan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Kwsp) 2014/25 Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 25 pada 13 Syaaban 1435H/ 12 Jun 2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut: Wang caruman KWSP tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian dan menetapkan wang tersebut sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid. Tidak Diwartakan
100 26.0 9 Safar 1436H/ 2 Disember 2014M Ibadah Qurban Dan Aqiqah Ke Atas Haiwan Yang Tidak Diketahui Umur Dan Status Buntingnya 2014/26 Mesyuarat lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 26 pada 9 Safar 1436H/ 2 Disember 2014M sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut: 1.1 Qurban dan aqiqah yang telah disyariatkan dalam al-Quran dan al-Hadith merupakan sembelihan sunat yang bertujuan untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah S.W.T. 1.2 Sehubungan itu, hukum qurban dan aqiqah ke atas haiwan ternakan adalah berdasarkan hukum yang telah disepakati oleh para fuqaha’ iaitu: i. Anak kambing muda umurnya melebihi enam (6) bulan. ii. Biri-biri umurnya telah genap setahun (1) dan telah masuk ke tahun yang kedua (2). iii. Lembu umurnya telah genap dua (2) tahun dan telah masuk ke tahun yang ke tiga (3). iv. Unta umurnya genap lima (5) tahun dan telah masuk ke tahun yang ke enam (6). 1.3 Individu yang ingin melaksanakan ibadah qurban dan aqiqah hendaklah memastikan haiwan tersebut cukup umur dan tidak bunting. 1.4 Para pengimport haiwan ternakan dan penternak tempatan hendaklah berusaha bersungguh-sungguh memastikan haiwan untuk tujuan ibadah qurban dan aqiqah mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan terutama dari segi umur dan status buntingnya. 1.5 Walau bagaimanapun, jika status buntingnya diketahui setelah melakukan sembelihan maka ibadah qurban dan aqiqah tersebut adalah sempurna. Tidak Diwartakan