|
41 |
14.0 |
9 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M |
Akidah |
Amalan Menyambut Perayaan
Valentine's Day
|
2008/14 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Empat Belas, yang bersidang pada 9 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M telah membincangkan mengenai Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day (Sarawak). Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
Mesyuarat mengambil keputusan bahawa "Amalan Menyambut Hari Valentine's Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam."
|
Tidak Diwartakan |
|
42 |
14.0 |
9 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M |
Muamalat/
Ekonomi
|
Menternak Dan Menjual Lintah
Dan Cacing Untuk Tujuan
Perubatan Dan Kosmetik
|
2008/14 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Empat Belas, yang bersidang pada 9 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M telah membincangkan mengenaiHukum Menternak Dan Menjual Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar pembentangan tersebut, mesyuarat mengambil keputusan agar kertas ini dimurnikan semula untuk dibentang dalam Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak yang akan datang bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat kerana hal ini bukan sahaja menyentuh berhubung hukum menternak dan menjual cacing dan lintah untuk tujuan perubatan dan kosmetik tetapi juga mencakupi hal-hal lain yang berkaitan dengannya.
|
Tidak Diwartakan |
|
43 |
14.0 |
9 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M |
Ibadah |
Solat Jumaat Di Kawasan Kampus
Institusi Pengajian Tinggi
Dan Sekolah- Sekolah Menengah
Yang Jauh Dari Masjid
Yang Mendirikan Solat Jumaat
|
2008/14 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Empat Belas, yang bersidang pada 9 Syaaban 1429H/ 11 Ogos 2008M telah membincangkan mengenaiHukum Solat Jumaat Di Kawasan Kampus Institusi Pengajian Tinggi Dan Sekolah- Sekolah Menengah Yang Jauh Dari Masjid Yang Mendirikan Solat Jumaat. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
Mesyuarat mengambil keputusan bahawa, "sekolah-sekolah menengah, institusi-institusi pengajian tinggi dan lain-lain institusi boleh mendirikan solat Jumaat di kawasan masing-masing tertakluk kepada peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa pada masa ini dan setelah mendapat persetujuan daripada Jabatan Mufti Negeri Sarawak serta kelulusan Majlis Islam Sarawak".
|
Tidak Diwartakan |
|
44 |
15.0 |
29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M |
Muamalat/
Ekonomi
|
Kajian Semula
Hukum Penjualan
Air Zam-Zam
|
2008/15 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lima Belas, yang bersidang pada 29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M telah membincangkan mengenaiKajian Semula Hukum Penjualan Air Zam-Zam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
"Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa berdasarkan nas-nas daripada hukum syarak, Islam membenarkan penjualan, perdagangan atau urusniaga air zam-zam."
|
Tidak Diwartakan |
|
45 |
15.0 |
29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M |
Lain-lain |
Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran
Dan Laungan Azan
Dalam Nada Dering
Dan Paparan Skrin
Di Dalam Telefon Bimbit
|
2008/15 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lima Belas, yang bersidang pada 29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M telah membincangkan mengenaiHukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
"Pada prinsipnya Islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat-ayat suci al-Quran ini dengan syarat penggunaannya menepati adab yang telah ditetapkan oleh Islam dan digunakan di tempat-tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat-ayat suci tersebut seperti di dalam tandas."
|
Tidak Diwartakan |
|
46 |
15.0 |
29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M |
Sosial/
Syariah
|
Hukum Wanita Menyerupai Lelaki
(Pengkid)
|
2008/15 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lima Belas, yang bersidang pada 29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M telah membincangkan mengenaiHukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) telah membuat keputusan seperti berikut:
"Mesyuarat memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam. Ibu bapa dan masyarakat Islam juga digesa supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah."
|
Tidak Diwartakan |
|
47 |
15.0 |
29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M |
Sosial/
Syariah
|
Kedudukan Senaman Yoga
Di Kalangan Umat Islam
|
2008/15 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lima Belas, yang bersidang pada 29 Zulkaedah 1429H/ 27 November 2008M telah membincangkan mengenaiKedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam (Sarawak). Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
"Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, maka senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah umat Islam. Oleh itu, apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sekiranya senaman yang dibuat tidak sama seperti posisi di dalam yoga atau menambah posisi yang lain, tidak disertai dengan niat, tidak mengikut waktu ibadah agama Hindu dan tiada mantera, maka hukumnya adalah harus."
|
Tidak Diwartakan |
|
48 |
16.0 |
16 Zulkaedah 1430H/ 4 November 2009M |
Sosial/
Syariah
|
Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang
(Surrogate Motherhood)
Untuk Mendapatkan Zuriat
|
2009.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-16 yang bersidang pada 16 Zulkaedah 1430H/ 4 November 2009M telah membincangkan mengenai Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang (Surrogate Motherhood) Untuk Mendapatkan Zuriat. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
"Menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada pasangan suami isteri yang sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan."
|
Tidak Diwartakan |
|
49 |
16.0 |
16 Zulkaedah 1430H/ 4 November 2009M |
Sosial/
Syariah
|
Bersumpah Menurut Islam |
2009.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Enam Belas, yang bersidang pada / 4 November 2009M telah membincangkan mengenaiHukum Bersumpah Menurut Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan sebagai keterangan hukum seperti berikut:
Hukum asal bersumpah adalah makruh tetapi ia boleh menjadi sunnah, harus, wajib dan haram, bergantung kepada keadaan;
• Haram : apabila bersumpah untuk melakukan perkara yang haram, atau meninggalkan yang wajib atau bersumpah dusta ke atas sesuatu.
• Wajib : apabila tiada jalan selain bersumpah untuk memberi pengajaran kepada orang yang zalim dan untuk menegakkan kebenaran.
• Sunat : sekiranya bersumpah itu menjadi wasilah ke atas orang-orang yang mendengar, dan menjadi penyebab mereka membenarkan sesuatu peringatan dan sebagai nasihat ke atas mereka.
• Harus : sekiranya bersumpah untuk melakukan perkara ketaatan, serta menjauhi perkara maksiat, atau untuk mendorong melakukan ke arah kebenaran atau untuk memberi peringatan.
|
Tidak Diwartakan |
|
50 |
16.0 |
16 Zulkaedah 1430H/ 4 November 2009M |
Sosial/
Syariah
|
Meminta Orang Bukan Islam
Sama-Sama Berdoa
Mengikut Anutan Masing-Masing
Dalam Satu Majlis
Yang Dihadiri Oleh
Penganut Pelbagai Agama
|
2009.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Enam Belas, yang bersidang pada 16 Zulkaedah 1430H/ 4 November 2009M telah membincangkan mengenaiHukum Meminta Orang Bukan Islam Sama-Sama Berdoa Mengikut Anutan Masing-Masing Dalam Satu Majlis Yang Dihadiri Oleh Penganut Pelbagai Agama. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
1. Doa tergolong di dalam perkara ibadah kepada Allah s.w.t dan ia hendaklah dilakukan sebagai suatu acara yang tidak bertentangan dengan roh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah s.w.t kerana bagi orang Islam memohon dan mendoakan sesuatu hanyalah kepada Allah s.w.t. sahaja.
2. Orang Islam tidak harus meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama mereka masing-masing. Walau bagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, perbuatan tersebut tidak dilarang.
|
Tidak Diwartakan |
|
51 |
16.0 |
16 Zulkaedah 1430H/ 4 November 2009M |
Lain-lain |
Penggalian Dan Pemindahan Kubur
Di Tanah Perkuburan Islam
Jalan Keretapi
Di Lot 192, Blok 208,
Jalan Tun Ahmad Zaidi
|
2009.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Enam Belas, yang bersidang pada 16 Zulkaedah 1430H/ 4 November 2009M telah membincangkan mengenaiPenggalian Dan Pemindahan Kubur Di Tanah Perkuburan Islam Jalan Keretapi Di Lot 192, Blok 208, Jalan Tun Ahmad Zaidi. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
"Harus hukumnya digunakan tanah perkuburan Islam Jalan Keretapi untuk pembangunan atau lain-lain kegunaan kerana tanah perkuburan tersebut terletak di tengah Bandaraya Kuching dan tidak sesuai untuk tujuan perkuburan. Mana-mana kubur yang hendak digali dan dipindahkan ke Tanah Perkuburan Semariang hendaklah digali dan dipindahkan secara terhormat dan tidak ada pampasan yang perlu dikeluarkan kepada ahli waris".
|
Tidak Diwartakan |
|
52 |
17.0 |
1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M |
Sosial/
Syariah
|
Penglibatan Orang Islam
Dalam Aktiviti Candlelight Vigil
Pada Sesuatu Perhimpunan
Atau Acara
|
2010.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenaiHukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil Pada Sesuatu Perhimpunan Atau Acara. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, ahli Mesyuarat sebulat suara memutuskan bahawa Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
2. Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.
3. Mesyuarat bersetuju agar khutbah khas disediakan berhubung perkara ini dan dicadangkan supaya Jabatan Agama Islam Sarawak mengurusetiakan perbincangan atau bengkel khusus yang membincangkan tentang pendekatan dalam menyampaikan hal ini secara berkesan kepada umat Islam.
|
Tidak Diwartakan |
|
53 |
17.0 |
1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M |
Sosial/
Syariah
|
Status Agama
Anak Bawah Umur
Selepas Salah Seorang Pasangan
Memeluk Islam
|
2010/17 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-17 yang bersidang pada 11 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenaiStatus Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
1. Di dalam Islam Jumhur Ulama’ telah bersepakat bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.
2. Oleh yang demikian, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan tersebut adalah secara langsung beragama Islam.
|
Tidak Diwartakan |
|
54 |
17.0 |
1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M |
Perubatan |
Hukum Menunaikan Haji
Bagi Pesakit Yang Menjalani
Rawatan Hemodialisis
|
2010/17 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenaiHukum Menunaikan Haji Bagi Pesakit Yang Menjalani Rawatan Hemodialisis. Mesyuarat bersetuju menerima sighah keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-84 bertarikh 15 Disember 2008 seperti berikut:
1. Pesakit yang menghidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan ibadah haji;
2. Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan; dan
3. Sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan.
|
Tidak Diwartakan |
|
55 |
17.0 |
1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M |
Sosial/
Syariah
|
Pewarisan Bagi
Kes Kematian Serentak
|
2010/17 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenaiHukum Pewarisan Bagi Kes Kematian Serentak. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
i. Mana-mana ahli keluarga yang meninggal dunia secara serentak dalam kejadian yang sama atau sebaliknya dan tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu bagi menentukan hak pewarisan, maka mereka tidak akan saling mewarisi antara satu sama lain kerana berdasarkan syarat-syarat pewarisan, waris (al-Warith) hendaklah masih hidup semasa kematian orang yang mewariskan (al-Muwarrith). Oleh itu, harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambilkira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya.
ii. Bagi merekodkan waktu kematian, perakuan pakar perubatan hendaklah diterimapakai dan dicatatkan dalam Sijil Kematian.
|
Tidak Diwartakan |
|
56 |
17.0 |
1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M |
Zakat |
Pengeluaran Dan Penerimaan
Zakat Bagi Yang Telah
Diisytiharkan Muflis
|
2010/17 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenaiHukum Pengeluaran Dan Penerimaan Zakat Bagi Yang Telah Diisytiharkan Muflis. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
i. Apabila seseorang telah diisytiharkan sebagai muflis disebabkan hutang yang ditanggung melebihi harta yang dimiliki, maka tiada zakat yang dikenakan kerana harta yang ada telah disekat untuk melunaskan hutang semasa.
ii. Seseorang yang diisytiharkan muflis sekiranya mempunyai harta selain harta yang disekat sama ada harta tersembunyi atau seumpamanya, maka harta tersebut wajib dizakatkan sekiranya cukup nisab dan genap tempohnya setahun.
iii. Sekiranya individu yang telah diisytiharkan muflis tidak mempunyai sumber pendapatan lain pada ketika itu, maka dia layak untuk menerima zakat di bawah asnaf al-gharimin dengan syarat-syarat seperti berikut;-
1. Hendaklah orang yang berhutang itu mempunyai keperluan untuk memiliki harta yang dapat melunaskan hutang-hutangnya. Dan apabila dia menjadi kaya dan mampu untuk melunaskan semua hutangnya dengan harta yang dimiliki, maka dia tidak layak untuk menerima zakat.
2. Hendaklah hutang yang ditanggung itu dalam urusan ketaatan atau perkara yang diharuskan. Sekiranya dia berhutang untuk tujuan yang maksiat, maka tiada bahagian zakat untuknya kerana ianya sama seperti menolongnya berbuat maksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
3. Hutang yang ditanggung hendaklah hutang semasa yang memerlukan pelunasan pada waktu itu. Sekiranya hutang tersebut bertempoh maka pendapat yang sahih seperti yang dinyatakan oleh Imam an-Nawawi adalah tidak diberikan zakat.
|
Tidak Diwartakan |
|
57 |
18.0 |
16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M |
Sosial/
Syariah
|
Pemakaian Inai Bercorak
Mengikut Syarak
|
2010/18 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lapan Belas, yang bersidang pada 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M telah membincangkan mengenai Hukum Pemakaian Inai Bercorak Menurut Syarak. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
1. Setelah meneliti keterangan dan hujah-hujah, ahli mesyuarat berpandangan bahawa di dalam Islam, para fuqaha' sepakat memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian ini di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
3. Mesyuarat juga memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
|
Tidak Diwartakan |
|
58 |
18.0 |
16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M |
Sosial/
Syariah
|
Pelancong Bukan Islam
Memasuki Masjid
Dan Ruang Solat Utama
Di Dalam Masjid
|
2010/18 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lapan Belas, yang bersidang pada 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M telah membincangkan mengenaiHukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
“Orang bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.”
|
Tidak Diwartakan |
|
59 |
18.0 |
16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M |
Akidah |
Istiadat Meletakkan
Kalungan Bunga
Di Tugu Peringatan Negara
|
2010/18 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lapan Belas, yang bersidang pada 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M telah membincangkan mengenaiHukum Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Peringatan Negara seperti berikut:
"Istiadat meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan adalah bercanggah dengan Islam
|
Tidak Diwartakan |
|
60 |
18.0 |
16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M |
Ibadah |
Hukum Wanita Haid
Memasuki Masjid
Untuk Tujuan
Pembelajaran Semata-Mata
|
2010/18 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 18 pada 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010Msebulat suara menerima sighah keputusan Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia seperti berikut :
“Perempuan yang dalam keadaan haid haram berada / duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan.”
|
Tidak Diwartakan |