|
1 |
1.0 |
8 & 9 Disember 1995M/ 15 & 16 Rejab 1416H |
Perubatan |
Pemindahan Organ |
1995.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 1 pada 15 & 16 Rejab 1416H/ 8 & 9 Disember 1995 bersetuju bahawa hukumnya sama dengan hukum pemindahan ginjal dengan syarat-syaratnya seperti berikut:-
(a) Derma Dari Yang Hidup
i. Penderma rela dengan ikhlas hati menderma organnya
ii. Disahkan oleh pakar perubatan bahawa pendermaan itu tidak akan membahayakan kesihatan si penderma, dan
iii. Tidak dilakukan dengan cara jual-beli
(b) Derma Dari Yang Mati
i. Sebelum meninggal dunia penderma telah menyatakan kerelaannya untuk mendermakan organnya itu kepada orang lain setelah dia meninggal dunia atau diizinkan oleh wali atau ahli warisnya untuk berbuat demikian dan tidak pula dilakukan dengan paksaan
ii. Disahkan oleh pakar perubatan bahawa organ yang didermakan itu masih boleh dimanfaatkan oleh yang memerlukannya
iii. Hendaklah dipastikan bahawa pemindahan organ itu semata-mata untuk berubat, dan
iv. Tidak dilakukan dengan cara jual-beli
|
Diwartakan |
|
2 |
1.0 |
8 & 9 Disember 1995M/ 15 & 16 Rejab 1416H |
Lain-lain |
Pemindahan Kubur Orang Islam |
1995.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa kali ke 1 pada 15 & 16 Rejab 1416H/ 8 & 9 Disember 1995 :
"BAHAWA mayat orang Islam boleh digali dan/ atau dipindahkan kalau didapati sah mayat itu dikebumikan:
(a) Di tanah perkuburan orang bukan Islam;
(b) Tanpa dimandikan;
(c) Dengan tidak menghadap kiblat;
(d) Dengan dikapankan dengan kain yang dirampas;
(e) Bersama dengan harta orang lain dan harta tersebut dituntut oleh empunyanya;
(f) Di tanah kepunyaan orang lain tanpa izin;
(g) Di tanah yang dikhuatiri susut atau hakis seperti di tebing sungai atau lereng bukit;
(h) Di tanah yang akan dimajukan oleh pihak yang berkuasa untuk maslahat umum seperti membuat jalan raya;
(i) Di tanah lumpur yang diacap air; atau
(j) Bersama mayat lain, yang menyebabkan hati warisnya tidak senang."
|
Diwartakan |
|
3 |
1.0 |
8 & 9 Disember 1995M/ 15 & 16 Rejab 1416H |
Akidah |
Miring |
1995.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 1 pada 15 & 16 Rejab 1416H/ 8 & 9 Disember 1995 telah memutuskan :
Bahawa amalan Miring yang diamalkan oleh Masyarakat Iban dalam pandangan Islam adalah haram kerana ianya amalan keagamaan dan berunsur syirik.
Orang Islam adalah dinasihatkan jangan mengambil bahagian dalam upacara Miring
|
Tidak Diwartakan |
|
4 |
1.0 |
8 & 9 Disember 1995M/ 15 & 16 Rejab 1416H |
Akidah |
Kaul Dan Tibau |
1995.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 1 pada 15 & 16 Rejab 1416H /8 & 9 Disember 1995M telah memutuskan bahawa Kaul dan Tibau yang masih diamalkan oleh kaum Melanau yang bukan Islam adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Di antara upacara yang bercanggah itu ialah kepercayaan kepada Ipok-ipok (hantu) boleh memberi bekas ke atas keselamatan manusia.
Oleh kerana itulah mereka adakan jampi serapah, ancak dan sebagainya untuk pujukan dan hidangan serta duman bagi untuk membujukkan Ipok-ipok yang jahat itu.
Oleh yang demikian Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak yang bersidang dalam mesyuaratnya pada 8-9 Disember 1995 dengan kata sepakat ingin menasihatkan supaya orang-orang Islam tidak mengambil bahagian dalam upacara Kaul dan Tibau yang bertentangan dengan akidah Islam itu.
|
Tidak Diwartakan |
|
5 |
2.0 |
8 & 9 Disember 1995M/15 & 16 Rejab 1416H |
Akidah |
Gerakan Anti-Hadis |
1995.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke 1 pada 8 & 9 Disember 1995M bersamaan 15 & 16 Rejab 1416H telah memutuskan tentang kepercayaan golongan anti-hadis yang bertentangan dengan akidah Islam serta pandangan rendah mereka kepada Rasululllah SAW. seperti berikut :
A. BAHAWA buku yang bertajuk;
(a) “Hadis Satu Penilaian Semula” dan “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik” yang kedua-duanya ditulis oleh Kasim Ahmad;
(b) “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu-Hadith Di Dalam Al-Quran” yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;
(c) “Bacaan” yang ditulis oleh Othman Ali
(d) “The Computer Speaks – God's Message To The World” yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa, dan
(e) Risalah “Iqra”
adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta boleh mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut antara lain, menolak hadith sahih (iaitu yang disahkan bersumber daripada Rasulullah SAW) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, meghina kedudukan Rasulullah SAW dan menghina Al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat Al-Quran tersebut.
B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut terdahulu adalah suatu kumpulan yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.
C. OLEH YANG DEMIKIAN
(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Hadis Satu Penilaian Semula”, “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik”, “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanku – Hadith Di Dalam Al-Quran', “Bacaan” atau “The Computer Speaks: God's Message To The World” dan risalah “Iqra” adalah haram;
(2) Mana-mana orang atau kumpulan Islam adalah dilarang
(a) untuk mengajar, mempelajari mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Hadis Satu Penilaian Semula', Hadis Jawapan Kepada Pengkritik”, “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam Al- Quran”, “Bacaan” dan “The Computer Speaks : God's Message To The World”;
(b) untuk mencetak, menerbitkan, memilki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku “Hadis Satu Penilaian Semula', Hadis Jawapan Kepada Pengkritik”, “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam Al- Quran', “Bacaan” dan “The Computer Speaks : God's Message To The World”, atau mana- mana bahagiannya termasuk :
◦ apa-apa bentuk, versi atau variasinya;
◦ apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;
◦ apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu
◦ pada atau atas apa-apa bahan, samaada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media;
(c) Untuk menjadi anggota atau memimpin mana-mana golongan Anti-Hadith yang tersebut dalam perenggan (1) atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.
|
Diwartakan |
|
6 |
2.0 |
12 Rejab 1417H/ 23 November 1996 |
Akidah |
Ke Arah Membendung Pengaruh Syiah Di Sarawak
|
1996.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 2 pada 12 Rejab 1417H/ 23 November 1996telah mengambil keputusan dengan sebulat suara bahawa :-
1. Semua Mazhab Syiah dari golongan apapun tidak boleh diterima untuk diamalkan oleh orang Islam di Sarawak
2. Menetapkan bahawa umat Islam di Sarawak hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak
3. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak
4. Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang Negeri yang berhubung dengan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif 'Hukum Syarak' atau 'Undang-Undang Islam' seperti berikut :
'Hukum Syarak' atau 'Undang-Undang Islam' ertinya Undang-Undang Islam yang berasaskan
pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.
5. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah adalah diharamkan
6. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negeri ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Islam dan Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah
7. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan
8. Meletakkan perkataan Islam yang berlandaskan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan)
9. Menubuh sebuah jawatankuasa untuk mengawal ajaran bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah
10. Memperhebatkan dakwah dan penerangan berasaskan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
11. Menerbit risalah penerangan mengenai ajaran Syiah
|
Tidak Diwartakan |
|
7 |
4.0 |
24 Syaaban 1420H/ 2 Disember 1999M |
Perubatan |
Alkohol Menurut
Pandangan Islam
|
1999.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 4 pada 24 Syaaban 1420H/ 2 Disember 1999M telah memutuskan bahawa:
1. Setiap minuman arak mestilah mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol itu adalah dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum seperti racun.
2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum
3. Minuman ringan yang dibuat untuk dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah haram
4. Tapai halal dimakan
5. Alkohol yang terjadi dan digunakan sebagai barang sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan seperti pengawet
6. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada mengandungi alkohol adalah harus dan dimaafkan
|
Tidak Diwartakan |
|
8 |
2.0 |
12 Rejab 1417H/ 23 November 1996 |
Zakat |
Zakat Gaji |
1996.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 2 pada 12 Rejab 1417H/ 23 November 1996 telah memutuskan bahawa :
Gaji, tunggakan gaji, pelbagai elaun dan lain-lain pendapatan yang berkaitan dengan pengajian setelah ditolak keperluan asas, pembiayaan kerja, hutang dan apa-apa pembiayaan yang menjadi sebab sebenar pembiayaan seseorang itu apabila cukup nisabnya adalah wajib dizakat.
Nisab zakat gaji adalah sama dengan nisab zakat emas dan perak. Nisab zakat emas ialah 85 gram (25.2259 mayam) dan nisab zakat perak ialah 595 gram (176.5913 mayam) |
Tidak Diwartakan |
|
9 |
2.0 |
12 Rejab 1417h/ 23 November 1996M |
Zakat |
Zakat Syarikat Koperasi |
1996.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 2 pada 12 Rejab 1417h/ 23 November 1996M telah sebulat suara mengambil keputusan bahawa Koperasi Anib Bhd adalah diwajibkan untuk mengeluar zakat. |
Tidak Diwartakan |
|
10 |
3.0 |
16 Jamadilakhir 1418H/ 18 Oktober 1997M |
Zakat |
Pungutan Zakat Gaji Melalui
Lembaga Hasil Dalam Negeri
|
1997.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 3 pada 16 Jamadilakhir 1418H/ 18 Oktober 1997M memutuskan bahawa zakat gaji boleh dipungut oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri yang dilantik sebagai amil dengan syarat-syarat seperti berikut :-
i. Islam
ii. Mukallaf
iii. Memahami Hukum-Hukum Zakat
iv. Kemampuan Mengurus Kutipan dan Melaksanakan Tugas
Jawatankuasa juga memutuskan bahawa perlantikan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai pemungut
zakat gaji untuk pekerja Islam di Sarawak diserahkan kepada pihak Kerajaan Negeri Sarawak
|
Tidak Diwartakan |
|
11 |
3.0 |
16 Jamadilakhir 1418H/ 18 Oktober 1997M |
Akidah |
Lagu Getaran Jiwa Nyanyian
Bersama Kumpulan KRU
dan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
|
1997.0 |
Mesyuarat lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 3 pada 16 Jamadilakhir 1418H/ 18 Oktober 1997M telah membincangkan pandangan Islam tentang muzik yang mana ianya dibolehkan asalkan :-
i. Tidak mengkhayalkan sehingga lupa kepada kewajipan
ii. Tidak mengandungi unsur-unsur lucah
iii. Tidak mengarah kepada perbuatan dosa
iv. Tidak memberangsangkan nafsu
v. Tidak berlebih-lebihan dalam berhibur
vi. Tidak menghilangkan nilai-nilai akhlak Islamiah
vii. Tidak mengandungi perkataan atau perbuatan yang menyalahi aqidah, syariah dan akhlak Islamiah
Berhubung dengan penggunaan teknologi canggih untuk membolehkan manusia yang hidup berduet dengan penyanyi yang telah meninggal, Jawatankuasa memutuskan perbuatan tersebut tidak dilarang oleh Islam asalkan tidak bertentangan dengan syarat-syarat yang disebut di atas
|
Tidak Diwartakan |
|
12 |
3.0 |
16 Jamadilakhir 1418H/ 18 Oktober 1997M |
Perubatan |
Pendermaan Ginjal |
1997.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 3 pada 16 Jamadilakhir 1418H/ 18 Oktober 1997M telah memutuskan:
"BAHAWA pendermaan organ ginjal atau buah pinggang kepada pesakit buah pinggang adalah harus tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
(1) DERMA DARI YANG HIDUP
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
(a) Penderma rela dengan ikhlas hati menderma organ ginjal atau buah pinggangnya;
(b) Disahkan oleh pakar perubatan bahawa pendermaan itu tidak akan membahayakan kesihatan si penderma; dan
(c) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli
(2) DERMA DARI YANG MATI
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
(a) Sebelum meninggal dunia penderma telah menyatakan kerelaannya untuk mendermakan organ ginjal atau buah pinggangnya itu kepada orang lain setelah dia meninggal dunia atau diizinkan oleh wali atau ahli warisnya untuk berbuat demikian dan tidak pula dilakukan dengan paksaan;
(b) Disahkan oleh pakar perubatan bahawa organ ginjal atau buah pinggang yang didermakan itu masih boleh dimanfaatkan oleh pesakit buah pinggang yang memerlukannya;
(c) Hendaklah dipastikan bahawa pemindahan organ ginjal atau buah pinggang itu semata-mata untuk berubat; dan
(d) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli
|
Diwartakan |
|
13 |
4.0 |
24 Syaaban 1420H/ 2 Disember 1999M |
Ibadah |
Sembahyang Tarawih |
1999.0 |
Mesyuarat Fatwa Negeri Sarawak kali ke 4 pada 24 Syaaban 1420H/ 2 Disember 1999M sebulat suara bersetuju bahawa Sembahyang Tarawih adalah dua puluh rakaat berpegang kepada pendapat Mazhab Al-Imam As-Syafie berdasarkan kepada beberapa dalil di antaranya :
i)Al-Hadis - Yazid bin Rauman "Dan datang
berita dari Malik, ayng diterima dari Yazid bin Rumman mengatakan bahawa orang-orang di zaman Saidina Omar r.a Sembahyang Tarawih dua puluh rakaat dan tiga witir"
(Riwayat Malik dalam Kitab Muwattak)
ii) Sembahyang Tarawih dua puluh rakaat adalah ijma' para sahabat kerana ia telah dilakukan oleh orang Islam sejak dari Zaman Khalifah Omar, Osman dan Ali r.a Telah berkata Al-Kasani bahawa Saidina Omar telah mengumpul para sahabat untuk Sembahyang TArawih dalam bulan Ramadhan diimamkan oleh Ubai bin Kaab dan tidak seorang pun antara mereka yang membantah.
iii) Sembahyang Tarawih lapan rakaat adalah Sunnah RAsul sementara dua puluh rakaat pula adalah Sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin, mengikut Sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin bererti mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W. sebagaimana yang ditegaskan Rasul kira-kira bermaksud :
"Hendaklah kamu berpegang kepada sunnah ku dan sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk dan pegangilah ia dengan sekuat-kuatnya"
|
Tidak Diwartakan |
|
14 |
5.0 |
20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 200M |
Pakaian |
Lelaki Memakai Emas Putih |
2000.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 5 pada 20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 200M telah memutuskan walaupun dalam apa bentuk sekalipun emas untuk lelaki hukumnya haram termasuklah emas putih yang tidak halal bagi mereka. |
Tidak Diwartakan |
|
15 |
5.0 |
20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 200M |
Ibadah |
Kedudukan Orang-Orang
Yang Telah Diisyhtiharkan Bangkrap
Oleh Mahkamah
Pergi Menunaikan Haji Ke Mekah
|
2000.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 5 pada 20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 200M berpendapat bahawa Orang-Orang Yang Telah Diisyhtiharkan Bangkrap Oleh Mahkamah Pergi Menunaikan Haji Ke Mekah dari segi agama ianya dibolehkan, akan tetapi pemohon perlulah memohon kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Pemegang Harta (tempat hartanya disimpan) sebelum pemohon keluar negeri mengerjakan haji yang fardhu sahaja. |
Tidak Diwartakan |
|
16 |
5.0 |
20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 2000M |
Akidah |
Konsep Tasawuf
Falsafah Wehdatul Ujud
|
2000.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri sarawak Kali ke 5 pada 20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 2000M bersetuju dan bersependapat menentang konsep Tasawuf Falsafah Wehdatul Ujud ini kerana ianya bertentangan dengan ajaran tasawuf Islam dan bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah |
Tidak Diwartakan |
|
17 |
5.0 |
20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 2000M |
Ibadah |
Garis Panduan Untuk
Kebenaran Mendirikan Masjid
|
2000.0 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 5 pada 20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 2000M telah bersetuju dengan keempat-empat syarat yang dibincangkan dalam kertas ini tanpa apa-apa pindaan sebagai panduan kebenaran mendirikan masjid atau surau:
i) Jarak diantara sebuah masjid ke sebuah masjid tidak kurang dari satu setengah batu (7 batu persegi) kecuali kerana musyaqqah atau darurat, seperti menerusi jalan sungai, masjid tidka dapat menampung jemaah yang banyak dan sebagainya.
ii) Tidak kurang daripada 40 orang lelaki bermastautin
iii) Ada Ahli Jawatankuasa dan pegawai yang mengendali masjid atau surau itu untuk mendirikan Solat Jumaat
iv) Tapak tanah telah diperuntukkan atau diberi milik untuk masjid atau surau
|
Tidak Diwartakan |
|
18 |
6.0 |
8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002M |
Akidah |
Tariqat Naqsyabandiah
Al-Aliyyah Syeikh Nazim
Al-Haqqani
|
2002/6 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 6 pada 8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002M telah sebulat suara memutuskan bahawa :
i) Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim berfahaman dengan fahaman-fahaman Wehdatul Ujud, Martabat Tujuh Nur Muhammad yang bertentangan dengan konsep dan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
ii) Tariqat ini berpegang kepada hadis-hadis maudu'
iii) Mereka mengamalkan konsep Yaqazah (dapat berkomunikasi dengan Allah s.w.t dalam mimpi) yang bertentangan dengan fahaman dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Menurut Pengerusi Kumpulan Ahli Tarikat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani pernah melawat Sarawak. Setelah dikaji didapati dalam ajarannya tidak boleh diamalkan oleh orang Islam dan ianya telah diharamkan oleh Kerajaan. Dalam pada itu, Pengerusi walau bagaimanapun ada menyiasat tentang ajaran ini dan hasil dariapda siasatan tersebut beliau berharap agar ianya terus pudar.
Kesimpulannya Ahli Mesyuarat bersetuju bahawa ajaran ini menyeleweng dan diharamkan
|
Tidak Diwartakan |
|
19 |
6.0 |
8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002 |
Akidah |
Ajaran Kumpulan Al-Mas Syed
Muhamad Al-Masyhor
|
2002/6 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 6 pada 8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002 bersetuju menolak ajaran kumpulan ini kerana ajaran kumpulan Al Mas adalah menyeleweng dan sesat dari segi akidah dan syariat ajaran Islam yang sebenarnya. Oleh yang demikian umat Islam dilarang mengamalkan ajaran ini. Walaupun ajaran ini masih berkembang di Semenanjung Malaysia. |
Tidak Diwartakan |
|
20 |
6.0 |
8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002M |
Akidah |
Nur Muhammad
Menurut Ulama
Ahlus Sunnah Wal Jamaah
|
2002/6 |
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 6 pada 8 Zulkaedah 1422H/ 22 Januari 2002M membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :
i) Tidak semua fahaman dan pegangan kepada "Nur Muhammad" itu sesat, kerana sebahagian ulaam mu'tabar seperti Imam Ibnu HAjar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji,Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep ini dengan penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas 'aqidah dan syariah Islam. Dalam penafsiran mereka "Nur Muhammad" adalah seawal-awal makhluk ciptaan Allah swt, bersifat dengan sifat baharu (bukannya qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-unsur ketuhanan.
ii) Kesalahfahaman dan penyelewengan banyak berlaku kerana sebahagian kelompok telah tersalah atau dengan sengaja memberikan tafsiran yang salah kepada hadith-hadith yang menyebut bahawa 'Nur Muhammad' ini diciptakan daripada "nur allah" atau dengan tafsiran yang seolah-olah "Nur Muhammad" itu adalah satu juzuk daripada zat Allah s.w.t. yang mana tafsiran ini adalah nyata bercanggah dengan aqidah ISlam dan tidak ada seorang pun ulama mu'tabar yang berpegang dengan penafsiran sedemikian. Tafsiran sebeginilah yang sesat lagi menyesatkan dan semestinya dibendung.
iii) Konsep "Nur Muhammad" sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu'tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasamuh yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah
iv) Oleh kerana tidak semua pegangan terhadap konsep "Nur Muhammad" itu sesat, maka sewajarnya kita janganlah bermudah-mudah untuk menyesatkannya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Menyesatkan konsep "NUr MUhammad" secara keseluruhan akan mengakibatkan hukuman sesat kepada ramai ulama mu'tabar yang menjadi sandaran ummat
Menurut Pengerusi salah faham mengenai "Nur Muhammad" hendaklah ditangani dengan memberikan penjelasan yang sewajarnya berpandukan para ulama terdahulu disamping menjaga adabul-ikhtilaf
|
Tidak Diwartakan |